click this to be awesome person

Wednesday, 26 August 2015

[Kebun Kecil Belakang Rumah] Alhamdulillah, Buah Pertama Pokok Mangga Chokanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dulu ingat tak Iza pernah share pasal tanam sejenis pokok
mangga kat belakang rumah. Dan tak lama lepas my yayang tanam
dalam tanah terbiar luar pagar belakang rumah,
pokok tu pun berbunga. Ingat ke sekadar berbunga rupanya
selepas tu berbuah. Seronok rasa hati.
Kalau tak ingat nah Iza letakkan entry berkaitan
Then setiap kali mak Iza datang rumah mesti pergi jenguk
pokok tu tengok perkembangan buah mangga.
Siap sarung dengan surat khabar lagi dan banyak 
kali cakap kat pokok tu moga-moga sempat lah merasa
buah pokok ni. Dah nama kan rezeki memang kami
dapat merasa buah pertama dari pokok ni.
Asal dulu buah yang kecil-kecil tumbuh banyak 
tapi yang bertahan hingga besar hanyalah dua biji sahaja.
Mak Iza ambil satu dan satu kami ambil.
Peram dua tiga hari dalam bekas simpanan beras.
Dan baru-baru ni baru teringat nak makan.


Saiz tak besar mana pun.
Ni tangan my yayang memang nampak buah kecik.
Kalau tangan Iza nampak besar lah penuh tangan
menggenggam. Rasa macam tak percaya dah berbuah.



Dah siap kupas dan potong penunggu setia
kat meja makan dapur adalah dak kenit sorang ni.
Setiap hari kalau ada makanan atas meja ni
dia akan jengket kan kaki dan intai apa makanan yang ada.
Kalau bertutup dengan tudung saji dia akan buka intai.
Macam orang besar. Rasa buah mangga ni memang manis.
Lemak manis. Macam buah yang beli di pasar.
Insya'Allah akan datang kami nak berkebun betul-betul.
Sekarang ni kekangan masa. Tak boleh nak tumpu
betul-betul berkebun.
Ingat cuti hari merdeka ni nak berkebun sepanjang hari
tapi kena bertugas maka terkubur lah hajat itu.
Tapi takpe baru-baru ni juga my yayang
dah tanam kan anak pokok kelapa pandan
di bahagian depan rumah luar pagar.
Kami gantikan pokok yang pihak pemaju tanam dengan pokok
kelapa pandan. Moga-moga ada rezeki nak merasa
air dari buah kelapa pandan tu.
Allahumma amiin.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails