click this to be awesome person

Monday, 24 August 2015

Gotong Royong DSQ Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila kata sepakat telah dicapai
maka ianya akan membawa berkat.
Insya'Allah. Ahad lepas my yayang dan
beberapa orang warga DSQ telah bersepakat
untuk mengadakan gotong royong secara kecil-kecilan.
Ini adalah kerana kawasan taman kami
telah beberapa kali dimasuki ular.
Yang terbaru anak ular masuk ke kawasan parkir rumah
Iza. Masa tu kami tiada di rumah.
Mujur budak bujang depan rumah ada simpan
no my yayang so diorang yang call bagi tahu.
Diorang tolong panjat pagar dan katuk anak ular tu
sampai mati. Adoi. Dulu masuk umah jiran
ni masuk rumah sendiri pula. Mohon dijauhkan lagi.


Gotong royong bermula awal jam 8.00 pagi.
Mula dengan kawasan lorong belakang rumah kami
iaitu jalan 1 sebab sini memang semak maklum lah
ada bukit sikit.



Petang Jumaat tu my yayang upah orang untuk
mesin rumput dan semak yang berdekatan sebab
dah kian meninggi dan menebal.
Kang bukan ular je ada dalam tu binatang lain pula.
Seram baik cepat-cepat mesin.
Dah kering terus bakar. 


Tu dia orang-orang kuat sedang bertungkus lumus
membersihkan semak samun dan belukar
yang boleh mengundang bahaya kepada warga DSQ.


Terima kasih buat semua yang membantu.
Lepas ni boleh buat lagi.
Sepakat membawa berkat.
Habis dalam tengahari juga rasanya.
Syukur jiran-jiran semuanya boleh masuk kepala
kata my yayang. Alhamdulillah,
moga susah ada yang sudi tolong dan senang sama kita kongsi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails