click this to be awesome person

Monday, 24 August 2015

Baby Expo @ Shah Alam Convention Centre (SACC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sabtu baru ni memang ada plan nak ke Shah Alam sebab nak
ambil stok chocolate fountain machine dari supplier
dan kemudian COD terus ke pelanggan.
Dah alang-alang ada di Shah Alam terjebak lah
ke SACC ni hah. Ada expo baby.
Walau pun belum gaji hati terkinja-kinja nak masuk 
tengok keadaan sesak di dalam.
Settle COD barang pada customer terus cari parking di tepi jalan.


Mujur dan syukur dapat parking betul-betul depan pintu
masuk SACC ni. Memang sesak padat semua ada.
Dengan cuaca panas lagi. Alahai.


My yayang dah siap-siap request
pegang anak sebab malas nak masuk katanya.
Hahaha. Takut kena bayar lah tu.
Misi utama nak beli botol susu anak.
Tapi sebab ramai sangat nak Q memang rasa
tak sanggup. T_T


Kami beli pet-pet aje lah.
Murah lah 4 pack RM120.00.
Walhal baru beli di Tesco IOI City Mall
hari tu offer jugak RM31.90.
Eh dalam gambar tu bukan kami punya.
Tu ahkak sebelah punya haha. 
Boleh pulak termasuk dalam gambar ni.



Masa ni macam dah mengalah sebab
nak redah ke promoter pet-pet pun bercinta.
Pada hal dekat tapi tersekat dengan kesesakan orang ramai.
My yayang dah ntah ke mana.
Terus menyelit kan diri masuk celahan kesesakan.
Dapat lah beli akhirnya.
Pastu cakap kat my yayang gaji ni
dah tak payah beli barang anak.
Stok untuk 3-4 bulan lah jawabnya.
Lega sikit bile barang-barang anak dah ada.


Orang memang ramai sangat tak putus-putus.
Nak tengok car seat pun tak jadi.
Dah hilang mood.


Singgah jap kat PKNS Shah Alam sebab
nak beli makan dan minum kudapan dalam kereta.
Tengok ada sesi rakaman program Tanweer.
Ada nampak Hafiz Hamidon, Ustaz Harryanto, 
Fedtri Yahya dan Fida Ibrahim.
Cadang nak tunggu tengok kejap tapi
my yayang kata lambat lagi nak mula.
Balik je lah kami.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails