click this to be awesome person

Monday, 27 July 2015

"Unplanned" Open House Eid Mubarak 1436 Hijrah @ 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Musim perayaan ni kebiasaannya mesti ramai yang 
buat majlis rumah terbuka kan?
Mesti dah rancang dari awal bagi yang 
ada bajet lebih. Macam Iza x berhajat pun nak buat.
Memang dah bincang dgn my yayang kita just buat makan-makan
je kalau ada tetamu datang beraya.
Bukan open house yang khusus.
Tapi....
Tapi....

Dek kerana beraya rumah kazen 
ada persoalan dan permintaan untuk buat open house,
sbnrnya bukan open house more to 
family datang beraya tapi dalam skala yang besar.
Maka terjadi lah open house yang tidak dirancang.


Buat Jumaat malam.
Asal nak buat hari Sabtu petang tapi 
Iza ada event dan angah Iza pulak nak buat
kat rumah dia.
Bukan apa, nak memudahkan saudara mara
datang sekali gus. Maklumlah rumah kami ni jauh sikit
dari kawasan lembah klang. Kepada yang Iza tak jemput
tu minta maaf ye. Kawan opis pun Iza jemput tak ramai.



Hari Khamis tu gigih pas balik kerja
singgah pasar tani dengkil beli barang 
dan lauk basah. Menu utama adalah ayam.
Ni black pepper sos buat sendiri.
Syukur menjadi dan my yayang kata sedap. 


Coleslaw pun buat sendiri.
Tapi tak letak mayonnaise awal-awal lah nanti masam.
Sagat je dulu lobak merah,
kobis dan kobis ungu. Masuk dalam bekas 
simpan dalam peti sejuk.



Black pepper sauce dah sejuk
terus masuk dalam tupperware.


Ayam beli 5 ekor perap siap-siap.
Esok nya dah boleh panggang dah.


Antara tetamu yang datang awal,
mak Iza, kembar dan adik ipar Iza sekeluarga.
Aniq rasmikan walker baru.


Makin debab Aniq ni tau,
geram ibu long kat awak.
Membesar dengan sihat ye sayang.


Antara orang kuat yang membantu.
Tengah menyalakan api dan nak buat bara.
Boleh pulak tengah sedap membakar ayam,
arang habis. Kacau betul. Nasib ada pemanggang ajaib.
Terus panggang kat dapur.


Awal lagi masa ni.
Set up apa yang patut.
Mula-mula tak pasang khemah sebab tak hujan.
Dah nak dekat lewat malam hujan terus 
my yayang ambil khemah pasang.


Masa saudara mara dan kawan-kawan mula datang.
Anak-anak main kat TV hall.
Sekali tengok macam nursery dah.
Hehehehe. Nasib my SILs adek ada tlg pantau jadi
cikgu taska. 


Admirer kat anak opis mate yang sorang ni.
Sebab terkesima tengok cara dia duduk dan makan.
Memang follow sunnah Rasulullah s.a.w betul.
Behave dan sopan aje. Makan nasi himpit kosong je
ye abg Qaleef. Sian dia mummy tak layan ^_^


Sementara tengah sibuk memanggang ayam
di dapur, jenguk bilik tengah tengok ada lagi
taska ditubuhkan. Hahahaha. 
Kembar dan sepupu-sepupunya.
Dari kiri Ecah, Aliya, Kak Rah, 
Qihah dan the only boy Faris.


Fathia Aliya mencuba props
mak lang. Suara Lia ni serak-serak basah
macam pelakon cilik Miasara tu.


Berposing lah korang dengan props mak lang ye.
Tak menahan maisng-masing.
Bila tengok diorang dah besar ni
rasa macam dah tua sangat je Iza ni.
Alahai. Tak lama lagi dah masuk umur 30.





Bukan budak-budak je nak posing
dengan Bubble Talk,
mak budak dan bakal mak budak pun sekali.
Oh, tak lama lagi Iza akan dapat anak buah baru.
Hihihihi.


Iza, Hajar, Suhaila.


Maaf kan lah muka tuan rumah yang
memang naif sangat tu ye.
Tak make up pun.
Sebab tahu nak kena buat kerja 
lagi pun kat rumah sendiri. 


Dah macam kenduri besar kan?
Dengan kuali, periuk besar bagai.
Alahai. Memang gigih nak mengemas dan menyimpan balik.
Mujur ada ramai pembantu tolong cuci
tolong kemas. Terima kasih banyak tak terhingga
buat my yayang, mak Iza, adek dan juga Wan.
Banyak membantu.
Kepada yang sudi hadir pun terima kasih banyak.
Maaf dari kami untuk segala kekurangan
terutama tang arang habis tu tak dan nak bakar ayam.


Bilik taska sementara yang ditubuhkan
telah kosong dan tidak berpenghuni.


Meja banquet dan kerusi pun main
parking je dulu kat depan.
Mata dah rabak, badan dah letih.


Siap menyapu dan mop lantai.
Buat ala kadar mana yang larat sebab kalau 
tak nanti confirm semut datang hurung segala sisa makanan
satu rumah buat hiway.


Dak kenit awal-awal dah pengsan.
Sebelum tu muntah dekat angah Iza.
Kes terlebih makan, asyik nganga je
orang sumbat makan. Lewat juga tido malam tu
walhal esok pagi ada event.
Syukur segalanya berjalan lancar dengan 
izin Allah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails