click this to be awesome person

Wednesday, 1 July 2015

Tupperware Raya Cookies Set Murah 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam terjebak membeli satu set tupperware
raya. Dah lama x membeli brand tupperware ni.
Dah boleh dikatakan nak bersara lah.
Tapi sebab kan murah siap free kuih raya lagi,
nak tak nak pejam mata beli.
RM43.00 aje tu pun kami kumpul order
untuk 8 orang baru dapat harga macam tu.
Then gatal lagi tambah RM5.90 untuk dapatkan
beg khas tupperware. Walhal dah beli set tu dapat
dah paper bag sedia ada. Manusia. Manusia.


Tujuan senang nak isi susu anak masa raya nanti
balik kampung dan travel.
Alasan cliche betul. Macam tupperware lain
tak boleh guna untuk letak susu anak.


Beg yang berharga RM5.90.
Okey lah tahan lasak jugak.
Sebelum ni botol air, flask air panas, 
susu, biskut Muhammad Darwisy letak dalam bakul Daiso.
Agak makan ruang lah bila susun dalam kereta.
Lepas ni boleh gantikan dengan beg ni.
Kalau kena air pun x kisah. 



Tinggi jugak.
Muat rasanya isi susu anak yang 600gm.
Boleh lah tahan sepanjang di kampung nanti.
Bentuk pun jenis lonjong mudah nak susun.
Kalau yang sellau tu bulat agak makan ruang.
Alasan cliche lagi.


Free cookies yang dapat dalam tupperware set ni.
Satu flavor red velvet satu lagi oat tak silap.
Tak rasa lagi tapi kawan-kawan yang dah buka juga rasa
kata sedap. Bahaya ni kalau buka awal nanti
kat rumah dah tak ada kuih raya. Hahaha.


Beg ni ada dua warna, 
purple dan orange.
Iza mintak purple tapi xde sebab habis.
Jadi lah kan. Lepas ni kena puasa poket pulak.
Kena didik nafsu ni.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. hahaha.ingatkan tak beli lagi dah

    ReplyDelete
  2. hahahahaha
    tak tahan tak terkawal nafsu.
    tu nasib x terjebak ke lain.
    kuatkan hati beli tu je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails