click this to be awesome person

Friday, 3 July 2015

[SKIN CARE] Product Review : Ephyra Skin Bar (Day 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nih tak nak taip panjang.
Lately ni muka Iza naik jerawat dan white head banyak betul.
Tak pasti faktor cuaca ke, persekitaran ke,
hormon ke atau kebersihan.
Tapi Iza perasan bulan puasa ni kulit jadi cepat kering
dah berminyak sangat. Jadi berani kan diri mencuba
Ephyra Skin Bar ni.
So far tengok bahan-bahan yang digunakan semua
dari alam semula jadi. Rasa lega sedikit.
Testimoni pun tak kurang hebatnya.
Tak mengharap kulit wajah cerah ke putih ke
tapi nak kulit bertona sekata dan bebas jerawat juga
liang roma atau pori lebih mengecil.



Dah nama pun skin bar mesti lah dalam
bentuk ketulan. Sebuku sabun.
Bila dah dapat tu Iza potong empat.
Dan untuk permulaan ni Iza share dengan opis mate.
Jadinya sorang dua ketul. Hihihi.
Bimbang juga kalau guna ni nanti jerawat makin
naik kot proses pemulihan atau penambahbaikan ke kan.
Sebab sebelum ni pernah naik jerawat bila
guna sesuatu produk tu. Memang worst la muka masa tu.


Ni Iza share muka yang memang tak ada secalit
make up pun. Semalam masa nak solat zohor kat opis
terus capai seketul kecil skin bar ni dan apply to my face.
Memang nampak lah jerawat yang merah tu.
White head pun tercacak-cacak keluar kat liang pori muka tu.
Selama ni tepek ngan foundation nak cover jerawat dan bekas jerawat.
Kali ni berani mati. Lepas cuci muka semalam memang 
tak tepek apa-apa langsung. Naked face kata nya.


Yang ni pagi tadi pas solat subuh.
Nampak kesan jerawat bertambah merah.
Mungkin healing process.
Dan satu yang Iza suka bila cuci muka
dengan skin bar ni muka rasa ringan.
Rasa segar. Dan bila rasa dengan tangan licin dan lembut je.
Tadi nak apply foundation pun senang ringan.
Mengharapkan kulit wajah semakin baik menjelang
aidilfitri supaya tak perlu make up dan jimat di situ.
Ni ibarat mencabar diri lah ni.

Ephyra Skin Bar ni 
Iza beli dah photog Iza masa wedding dulu.
Kenal dari blogger Kak Filla.
Dan Kak Moon ni pun antara famous blogger gak.
Lagi glamour bila dia selalu up promosi
kain langsir Sarah Hughes.
Kalau ada yang nak beli produk Ephyra boleh 
contact Kak Moon.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails