click this to be awesome person

Monday, 27 July 2015

Photo Booth & Guest Book Majlis Pertunangan Fatin Amirah & Farkhan Farid | 25/7/2015 @ Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sabtu lepas Iza dan my yayang ada event PB + GB 
di Bandar Enstek, Nilai. Alhamdulillah dekat aje dengan rumah.
Jadi tak perlu kelam kabut sangat.
Tapi bila musim raya ada event ni agak penat.
Hehehe. Xpe, mana ada rezeki datang bergolek kan?
Semua kena usaha. Alhamdulillah Allah masih izinkan
kami suami isteri teruskan biz kecil-kecilan ni. Syukur.



Signage untuk diletakkan di atas
meja Photo Booth dan Guest Book.
Memang 100% Iza design sendiri.
Boleh dikatakan each event lain design nya.
Sebolehnya Iza memang nak ikut tema setiap pelanggan.
Kan cantik majlis kita nampak semuanya seragam.
Dah itu minat Iza. Walau majlis pelanggan
nak juga bagi yang terbaik supaya pelanggan rasa puas hati.




Macam biasa malam sebelum event dah prepare
apa yang patut untuk actual day.
Kat rumah ada kembar pulak,
rajin sangat tolong mak lang dia ni.
Event mula lebih kurang jam 10.00 pagi,
Atyn pelanggan Iza ni request untuk kami
datang awal supaya everything goes smooth.
Kami sampai Bandar Enstek jam 8.30 pagi.
Set up siap sekejap aje. Selebihnya banyak berborak dengan 
Atyn dan family.


Pakej Photo Booth RM250.00 sahaja.
FREE GUEST BOOK
FREE SIGNAGE WITH A4 FRAME
FREE RENTAL BACK DROP
FREE RENTAL BUBBLE TALK & PROPS
FREE SET UP & DECORATION



Muhammad Darwisy pun nak membantu ibu
set up Photo Booth untuk aunty Atyn.



Warna tema putih dan pink.
Saja Iza pilih pink pekat sikit supaya naik
warna dalam gambar. Syukur Atyn jenis
sempoi dan follow mana yang terbaik.
Alhamdulillah. Senang deal dengan Atyn.





Guest Book ni memang akan dapat PERCUMA 
dengan setiap pakej Photo Booth dari Iza.
Bersaiz separuh A4 iaitu B5.
Ada 30 muka surat.


Pelamin yang ringkas tapi masih
cantik dan mewah. 


Atyn sewa mesin chocolate fountain dari Iza.
Marshmallow dan buah Atyn dan family 
provide. So Iza just tinggal set up aje.



Abah dan dak kenit sedang menunggu untuk 
majlis berlangsung. Papa dan mommy Atyn 
beriya suruh kami tunggu sampai makan.
Alahai. Segan pun ada sebenarnya.


Suka sangat dak kenit lepak dekat
gazebo rumah aunty Atyn ni.
Berlari keriangan dia. Mesti dia rasa
macam suasana kampung sebab lantai kayu.


Sambil menunggu sambil layan dak kenit.
Asyik nak makan kerepek raya aje.
Kalau dibiarkan boleh habis kerepek kat rumah
aunty Atyn ni.


Sampai terbaring makan kerepek raya.
Menikmati sangat.


Kiri kanan pun pegang kerepek raya.
Sampai pejam mata khusyuk sangat makan.


Abah kena rajin melayan.
Thanks sangat kat my yayang sebab
selalu ada untuk support minat dan small biz Iza ni.
Insya'Allah minggu depan pun ada event lagi.
Rezeki Allah ta'ala.

Jika berminat untuk sebarang 
Candy Buffet/ Chocolate Fountain / Photo Booth

boleh lah klik link di bawah ni


atau hubungi Iza melalui
aplikasi Whatsapp

Nurizzah Majif
012 242 6490

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails