click this to be awesome person

Thursday, 23 July 2015

[ENTRY 1] Eid Mubarak 1436 Hijrah @ 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat hari raya buat semua umat Islam.
Syukur kita diperemukan lagi dengan eidulfitri pada tahun ini.
Tahun depan belum tentu lagi panjang umur.
Tahun ni Iza beraya di Batu Kurau, Taiping.
Turn sebelah suami tahun ini.
Alhamdulillah walau tidak meriah mana tetapi disambut
dengan penuh rasa syukur kepada Allah swt.


Muhammad Darwisy berbaju melayu.
Sekejap je mood nya baik pakai satu set macam ni.
Selebihnya banyak berperang dengan ibu.



"Dari jauh ku pohon maaf"
Lagak gaya macam orang besar dah dak kenit sorang ni.
Seronok dia beraya di kampung.
Bagi kenal suasana kampung sikit.



Ibu ambil peluang cepat-cepat
nak bergambar dengan dak kenit ni.
Tapi memang banyak shot lah nak dapat gambar yang elok.
Korang tahu lah kalau ada anak kecil ni.


Kejap kang terduduk,
kejap kang tarik tudung ibu,
kejap kang baling songkok. T_T


Hah, cepat minta maaf dengan ibu.
Muhammad Darwisy selalu tak dengar cakap ibu.
Mih. Mih. Mih. Kena simpan gambar ni.
Boleh tunjuk kat dia dah besar nanti.


Sesi bersalaman dan bermaafan anak beranak.
Muhammad Darwisy tak nak salam dengan mak tok.
Umpan duit raya baru datang. Alahai cucu mak tok ni.


Dia nampak abah pakai baju sama macam dia
terus rasa mood teruja. Kejap kang gedik kejap kang
tersengih gelak sorang-sorang. Lawak betul.


Satu lagi keje nya nak naik turun
tangga aje lah. Mentang lah dah pandai berjalan.
Melasak aje.


Muhammad Aniq Amsyar dah 7 bulan.
Sepupu Muhammad Darwisy. Setakat ni cucu mak tok
dua hero. Hihihi. Memang riuh lah rumah nanti bila dah besar.


Ibu ajak selfie, dia bukak mulut
luas-luas. Motif mungkin tunjuk gigi dan penuh.


Family portrait indoor version. 


Family portrait outdoor version.


Beraya rumah tok lang sebelah rumah aje.
Punya suka naik turun tangga ni.



Selfie adik beradik.
Adik, Kakak, Abang.
Kami adik beradik tak ramai.
Sebelah Iza 4 orang, sebelah my yayang 3 orang.


Selfie lagi dengan adik-adik ipar
yang cun melecun ni. Tetiba kak ipar pun
jadi cun melecun. Hahaha. Nampak tak tempias aura tu?
Hahahahaha


Ini lah keje kami di pagi raya sesudah solat raya.
Sementara nak beraya dan menunggu orang
datang beraya bergambar aje kejenya.





Tak cukup korum ni.
Biras Iza sorang tu kena keje raya pertama.
Jadi beraya seorang diri lah SIL Iza yang Ina ni.
Sabar aje lah dah tuntutan tugas keje syif memang macam tu.
Kang semua staff imigresen cuti kosong pulak KLIA tu. 


SILs Aida suka bukan main walhal raya kedua 
dah kena kembali ke KLIA keje.
Tukar syif dengan biras Iza tadi.
Suka gambar ni nampak ceria semuanya.
Kalau cukup korum lagi best.
Kalau ramai budak-budak lagi best. Hiks.


Mak tok pun join selfie sekali.
Rindu sebenarnya dengan arwah abah.
Kalau masih panjang umur mesti arwah abah
yang paling riuh layan anak menantu cucu semua.
Apa pun, dalam meraikan hari yang bahagia
usah kita lupa yang sudah tiada.
Sedekah kah surah al fatihah buat mereka.
Insya'Allah moga kita akan bertemu di alam kekal
abadi nanti. Sayang keluarga mertua macam sayang keluarga
sendiri. Iza buat mereka macam sebahagian dari 
kehidupan Iza. Bukan setakat senang bersama,
susah pun bersama. Alhamdulillah dapat keluarga
mertua yang baik. Krisis sikit-sikit tu adat lah kan.
Raya pertama kami beraya berdekatan rumah sahaja.
Seronok tapi Batu Kurau dah mula jammed
berbanding tahun sebelumnya.
Will continue.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails