click this to be awesome person

Monday, 13 July 2015

Minggu Akhir Ramadhan 1436H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Diam tak diam kurang dari seminggu sahaja
Ramadhan Kareem akan meninggalkan kita.
Hanya diri kita je yang sedar bahawa
amalan kita telah bertambah, masih di takuk lama atau
semakin berkurang dek dosa-dosa kecil
kita yang tidak kita sedari.
Mood raya tu bagi Iza tak berapa nak ada.
Tak banyak mana pun persiapan raya tahun ni,
lebih mengamalkan konsep bersederhana.
Entah tahun depan berkesempatan menemui Ramadhan Karrem
entah kan tidak wallahuala.


Semalam setelah hampir sebulan mengumpul biji buah tamar,
Iza cuci bersih dan sangai atas kuali sampai hitam dan 
mengeluarkan minyaknya yang tersendiri.
Wangi aja baunya. Dah tumbuk halus bancuh macam air kopi.
Memang ternyata sedap dan aroma memukau betul.



Semalam juga rajin kan diri buat rendang walau
badan rasa seperti nak demam. Sakit urat bagai dengan 
sakit orang perempuannya. Redah juga, sebab ayam dah lama 
beli tapi x masak pun. Dah ada bahan sikit terus buat rendang.
Alhamdulillah, ayam seekor habis.
SILs dengan biras datang pulak malam tadi,
terus my yayang pergi cari lemang buat makan dengan rendang.
Dah macam raya pulak dah.


Kuih raya pun dah isi siap dalam balang.
So far balang ni kedap udara.
Beli kat expo bazar raya depan opis my yayang
kompleks perbadanan putrajaya, 1 kotak ada 3 balang
hanya RM10.00 sahaja. Beli lah dua set.
Bukan apa bila dah siap kemas rumah semua,
nanti kalau balik dari kampung ada tetamu nak
datang beraya ke rumah tak lah kelam kabut.
At least kuih raya dah isi siap dalam balang.
Bubble talk tu hiasan, pinjam pelanggan punya. Hehehe.
Makin meriah order bubble talk untuk raya.
Alhamdulillah rezeki.


Gambar minggu lepas, Muhammad Darwisy
teman ibu dekat opis sebab nenek jaga pak ngah sakit
baru lepas kemalangan jalan raya. Syukur tak teruk mana.
Moga angah Iza kembali sihat seperti sedia kala hendaknya.
Di kesempatan ini Iza ingin memohon ampun dan maaf
atas segala silap dan salah secara sedar atau pun tidak.
Panjang umur dan waktu kita jumpa lagi di blog ini
dengan entry akan datang.
Sebab dah pasti blog ni akan kesunyian 
panjang dek sambutan hari raya yang bakal menjelma nanti.
Hati-hati pulang ke kampung ya semua,
jangan potong Q di jalan raya.
Pandu dengan berhemah.
Sebelum balik kampung periksa dulu
suis di dalam rumah dan kepala dapur gas.
Kunci rumah dan tingkap semua.
Pesan pada jiran jika jiran tak balik kampung untuk
perhati rumah kita atau boleh
hubungi unit peronda polis untuk maklum ketiadaan
kita di rumah. Moga-moga semuanya selamat di bawah
jagaan Allah swt. Allahumma amin.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails