click this to be awesome person

Tuesday, 7 July 2015

Kasut Sembonia Beli 2 Hanya RM99!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam ada kerja luar di sekitar KL,
balik tu singgah di Sogo sebab nak cuci mata asalnya.
Sudahnya terbeli juga.
Eh boleh ke TER? Bukan memang niat nak beli?
Memang niat nak cari kasut baru, bukan untuk raya
semata untuk dipakai ke mana-mana lah.
Rasa dah lama tak spend duit beli kasut untuk diri sendiri.
Sampaikan last beli kasut pun dah tak ingat bila.
Semalam bila masuk Sogo memang boleh jadi gila,
tapi masih mengawal dengan sekuat hati.
Ni kasut ni pun sebab beli 2 pasang dengan harga RM99 aje.
Harga asal kasut ni RM139.00 so sangat berbaloi rasa.
Share la dengan kawan beli.



Dah lama tak beli kasut bertumit.
Jadi kita ambil yang wedges.
Yang penting ringan dan tak mudah tergelincir.
Asal nak warna skin color tapi tiada saiz.
Ambil lah yang hitam aje senang fit and match with all.



Nampak je macam tinggi tapi sebenarnya tak pun.
Dah siap praktis dukung budak dah tadi 
nak bajet kalau dukung anak nanti leh imbang ke tak.
So far alhamdulillah. Boleh lah pakai masa raya nanti.





Nak jugak tepek gambar kaki siap 
posing. Walhal letak gambar kasut semata pun dah memadai.
Manusia kan memang nak yang terbaik aje memanjang.
Hari ni pakai legging sebab asalnya pagi tadi nak 
merempit dengan my yayang.
Tapi bila nak keluar rumah tadi mula merintik hujan.
My yayang suruh drive je kereta sendiri.
Sudahnya tak hujan pun.
Malas nya nak hadap jammed balik ni.
Bertabahlah. 
Pahala bersabar di bulan Ramadhan yang mulia memang besar.
Tapi, tu pun kalau tak merungut juga mengeluh.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails