click this to be awesome person

Monday, 27 July 2015

[HOMEMADE] Sambal Hitam Raub, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Balik Kurau Stone hari raya hari tu
tengok buah belimbing buluh kat pokok Tok Lang lebat sangat.
Sampai ada yang dah nak masak.
Cakap kat MIL ni kalau ambil buat sambal hitam sedap ni.
Then memang betul Tok Lang suruh ambil dari
dok masak atas pokok dan jatuh ke bawah.
Satu plastik Iza dapat.
Ada lah dalam 3kg tak silap.
Beberapa hari lepas balik rumah baru proses buat 
sambal hitam. Tapi Iza nak kata memang payah la
nak buat, resepi mudah aje.
Nak kekuatan tangan menggaul sudip atas kuali tu
memang memerlukan kesabaran.

Bahan-Bahan

Belimbing buluh direbus tanpa air sehingga kecut dan kering
 (tabur garam secukup rasa)
Bawang besar dihiris nipis
Cili api dihiris nipis atau blend kering kasar
Ikan bilis goreng (jangan sampai garing)
Gula
Garam

Iza tak bagi sukatan setiap bahan sebab Iza main campak je
ikut sedap rasa. Hahaha. Maaf ye.


Belimbing yang mula nak hancur.
Jenuh nak tunggu kering.
3-4 jam jugak ye nak tunggu kering.
Dari guna dapur gas, terus tukar guna induction cooker.
Kena rajin kacau kalau tak hangit bahagian bawah.


Sementara tu goreng ikan bilis.
Agak-agak tak perlu garing sangat. 
Toskan minyak.


Tumis bawang besar sampai naik bau.
Jangan garing sangat nanti pahit rasa.



Masukkan cili api yang dikisar kasar,
gaul seketika sehingga sebati baru masukkan 
belimbing yang telah dikeringkan tadi.
Gaul lagi sampai sebati. 
Masukkan ikan bilis. Gaul lagi.


Sambal dah mula bertukar menjadi warna hitam.
Sebab tu namanya sambal hitam.
Masa ni memang kena sabar banyak.
Asyik nak kena gaul rata je sambil tu
api kena kecil lah. Sampai betul-betul
sambal tu kering.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Total Iza kira dalam 5-6 jam lah nak siap.
Tu pun dapat sebalang kuih raya yang kecil tu.
Patut lah harga nya tak murah.
Nak buat memang payah. 
My yayang kata sedap memang makan
tak hengat lah. Tapi tak lah sesedap sambal hitam yang Iza
tolong jualkan tu. Tu memang dah pakar yang buat.
Selamat mencuba kepada yang berhasrat mencuba.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails