click this to be awesome person

Wednesday, 8 July 2015

[HOMEMADE] Kuih Raya Semperit Cheese Dahlia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam terlaksana juga cita-cita nak buat kuih semperit cheese ni.
Tahun-tahun sebelum ni buat juga tapi tak de cheese.
Tahun ni kita cuba pulak tambah cheese dalam adunan 
tengok dan rasa macam mana pulak ye.
Tapi dah lama tak beraksi semput jugak nak menekan
adunan dalam acuan semperit. Sakit ibu jari. Alahai.

BAHAN-BAHAN SEMPERIT CHEESE DAHLIA

  • 180gm Tepung Gandum
  • 200gm Tepung Jagung 
  • 140gm Tepung Kastard (Bird Custard)
  • 130gm Gula Ising
  • 100gm Cream Cheese (Tartula)
  • 200gm Marjerin / Mentega (Seri Pelangi)
  • 2bj Kuning Telur
  • 1sdk Esen Vanila
  • 2sdb Susu Pekat 
  • Ceri Merah/Ceri Hijau Potong Dadu (Beli Siap)


CARA-CARANYA

  1. Pukul marjerin / mentega dan cream cheese di dalam bekas adunan sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila, kuning telur dan susu pekat ke dalam adunan dan pukul sehingga sebati
  3. Masukkan gula ising, tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga sebati. Kalau dah tak boleh nak mixer tu guna tangan sahaja. Pastikan tangan bersih.
  4. Rehatkan adunan 1-2 minit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
  5. Masukkan ke dalam acuan dah sedia untuk dibakar. Letakkan ceri potongan dadu sebelum dibakar.
  6. Bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit menggunakan api bawah sahaja (masa bergantung pada oven masing-masing).







Ni dah siap. Memang bila dah bakar pun bentuk kuih tidak berubah mengembang dan sebagainya. Iza tak minat cheese jadi bagi Iza okey aje rasanya. My yayang minat cheese katanya bila masuk di dalam mulut cair dengan lembutnya. Dia suka.


Dapatlah sebalang semalam tapi tak penuh. Adunan ni banyak sebenarnya.
Tapi Iza buat tak habis kan adunan sebab letih sangat. 
Dapat sebalang terus kemas dan tido.
Faktor usia cepat sangat mengantuk dan letih. Alahai.
Apa pun selamat mencuba semuanya.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails