click this to be awesome person

Tuesday, 7 July 2015

[HOMEMADE] Kuih Raya Popia Seaweed Kari Berapi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau sebelum ni Iza ada review tentang resepi
dan cara-cara buat Popia Nestum seperti link di bawah
Kali ni pulak nak share pasal 
Popia Seaweed Kari Berapi.


Dari kiri atas : Gula pasir yang telah dikisar halus dan sebiji telur
Dari kiri bawah : Serbuk kari dan garam yang telah dikisar halus.


Campurkan gula, garam dan serbuk kari.
Gaulkan rata, kena pandai agak-agak garam dan gula.
Kalau banyak sgt nanti terlebih masin.
Gula pula kalau terlebih jadi manis dah tak jadi kari berapi.
Hahahahahaha.


Guna je kulit popia lebihan buat popia nestum hari tu.
Masih berbaki dalam 25 keping macam tu.


Seaweed perisa asli.
Ada perisa squid lagi satu.
Dalam pek ni ada 10 keping besar.
Sama saiz macam kulit popia tu jugak.


Bentang kan sehelai kulit popia di dalam bekas
yang rata dan bersih. Iza guna tray aje. Senang.
Dan sapukan keseluruhan kulit popia dengan telur.
Telur tu Iza pukul sebati letak garam sikit aje.
Guna berus untuk sapu ye.


Letakkan sekeping seaweed di atas
kulit popia yang telah disapu
telur tadi.


Sapukan pula telur di atas
kepingan seaweed hingga rata.


Lapik kan sehelai lagi kulit popia
di atas nya pula. Adjust kedudukan kulit popia
supaya nampak kemas dan kejap.


Pastikan setiap kepingan kulit popia
dan kepingan seaweed melekat antara satu sama
lain. Kalau tak melekat kena la sapu telur lagi.


Dah boleh gunting ikut saiz yang korang suka.
Rasa nak besar gunting la besar.
Nak kecil gunting kecil.
Suka hati korang tak ada org nak marah.


Lepas dah gunting yang besar tadi tu,
gunting pula kepada potongan kecil-kecil.
Iza buat saiz macam ni senang makan 
dan simpan dalam balang tupperware.


Ni hasil yang dapat.
Puas hati jugak lah sebab seaweed penuh.
Kalau yang orang jual tu seaweed macam dah 
dipotong kecil. Biasalah kalau buat sendiri je puas hati.


Goreng dengan minyak yang panas.
Sekejap je dah nampak kekuningan boleh angkat dan tos kan.


Ni masa untuk ditoskan.
Ada macam-macam warna ikut suka.
Ada yang garing ada yang tak berapa garing.


Masuk dalam balang tupperware dan 
taburkan serbuk kari yang telah dicampur bersama
gula dan garam. Tutup dah shake. Slowly ye.
Kalau korang buat shake hardly nanti pecah pulak
kepingan popia seaweed korang. Jadi habuk je lah nanti.


Dah siap!
Syukur alhamdulillah.
Kuih raya yang kedua.
Dapat sebalang.
Tapi sudah habis dimakan oleh my yayang.
Katanya sedap sangat rasa macam makan twisties je.
So katanya boleh buat hari-hari untuk
dijadikan kudap-kudapan.
Sekian. Selamat Mencuba.

**Terima Kasih Kerana**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails