click this to be awesome person

Friday, 3 July 2015

[HOMEMADE] Kuih Raya Popia Nestum Garing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Memang dari sejak beberapa tahun lepas Iza 
dah berazam untuk buat kuih raya sendiri.
Tak kisah lah yang simple ke yang susah ke
janji ada kuih raya beberapa jenis.
Bukan apa, kadang nak beli tu memang harga murah
tapi kalau dah sebalang dalam RM18, dua tiga balang?
Belum perbelanjaan lain lagi.
So nak ambil langkah berjimat sikit.
Mana yang susah nak buat macam kuih bahulu tu
memang wajib beli la kan takkan nak buat pulak.
Semalam lepas habis berbuka di #DapoqKita
terus balik rumah singgah kedai acheh beli kulit popia.
Yang kat rumah dalam fridge ada lagi tapi tengok macam dah
keras kejung tak berapa nak cantik dan brand lain.
Iza lebih suka guna brand figo sebab mudah nak tarik
lapisan dan kepingan kulit popia tu.


Kulit popia tarik selapis-selapis.
Kemudian gulungkan ikut kesesuaian yang korang suka.
Lepas dah gulung hujung gulungan sapukan
bancuhan tepung jagung supaya tak terbuka gulungan tersebut.
Gunting serong-serong macam dalam gambar.
Ikut korang nak tebal ke nak nipis.
Kalau boleh jangan nipis sangat nanti cepat hancur pulak.
Yang ni Iza buat separuh peket aje.
Satu peket semalam beli 50 keping.
Jadi ada baki lagi dalam 25 keping lah lebih kurang.


Bila dan banyak hasil guntingan dalam bekas tu
korang boleh lah mula panas kan minyak dalam kuali.
Agak-agak dah mula panas haba minyak dalam kuali
masuk kan dalam kuali.
Goreng hingga garing. Kalau macam Iza memang suka
garing jadi kuning-kekuningan emas.
Setengah orang yang buat jual tu nampak
putih gebu kadang pucat. Ikut suka tekak korang.
Angkat dan toskan minyak bagi sejuk.


Bila dah sejuk boleh tuang dalam bekas
lain atau terus letak dalam bekas atau balang yang
berpenutup. Tujuan supaya nanti senang korang nak shake
bekas tu dengan taburan campuran gula halus
dan juga nestum.


Iza x sempat nak beli gula halus kat kedai.
Jadi caranya senang aje.
Masuk kan beberapa sudu gula pasir dalam blender kering
yang kecil comel tu dan blend seketika.
Dah halus keluarkan letak dalam bekas.


Nestum pun sama,
masukkan dalam blender kering dan blend sehingga halus.
Dah halus letak kan dalam bekas juga.
Kemudian boleh taburkan gula halus dan nestum 
di dalam balang yang berisi popia goreng tadi.
Kalau tak nak manis sangat korang kurang kan 
taburan gula. Macam semalam Iza buat 5 sudu
nestum dan 3 sudu gula. Tu pun my yayang kata dah manis.
So kena pandai bajet nanti. Dah tabur tutup bekas atau balang
dan mula shake. Jangan shake kuat sangat nanti hancur pulak.


Hasilnya.
Dapat sebalang setengah semalam.
Tapi berjaya selamatkan sebalang dari dikunyah
oleh my yayang. Memang kalau dibiar boleh habis malam tu juga.
Next kalau rajin menggulung nak buat lagi perisa 
lain dan bagi pada mak Iza.


Dah dapat sejenis kuih raya.
Kalau kat luar boleh market RM15 - RM18 sebalang.
Jangan tanya kenapa mahal, sebab tenaga digunakan
untuk menggulung kulit popia amat lah banyak.
Sakit pinggang dan tengkuk nak gulung tau.
Itulah namanya perniagaan.
Kalau rasa nak jimat tak nak keluar duit lebih baik buat
sendiri dari korang komplen itu dan ini.
Yang penting kerajinan dan semangat.
Sebenarnya Iza pun malas nak buat,
tapi bila ada kawan up kat FB dia banyak jenis
kuih raya dia dah buat rasa macam geram.
Insya'Allah lepas ni kena main dengan oven pulak
buat kuih yang memerlukan pembakaran oven.
Selamat mencuba.
Oh ya, ada kawan tanya tak amek order ke untuk yang ni?
Setakat ni belum lagi ya.
Order kuih semperit dahlia pun Iza tak pasti 
boleh buat ke tidak. Jangan berharap tau. 
Hahaha. Sorry.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. rajinnya makcik. saya minggu depan baru nak buat zah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerna terpaksa ku rajin kan diri. hahaha. cadang nak buat minggu depan tapi sebab nak luang masa ngan mak tu yang buat awal. tp risiko untuk habis awal tu tggi hehe

      Delete
  2. ini memang kuih yang boleh dikatakan tiap kali raya mesti buat. anak2 pun suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesza....ni memang fav anak-anak kan sis? even bapak budak pun suka. hehe. klu buat kena std by dua tiga balang le jawabnya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails