click this to be awesome person

Friday, 24 July 2015

[ENTRY 3] Eid Mubarak 1436 Hijrah @ 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lagi cerita pasal hari raya.
Raya ketiga sambungan dari entry kedua syawal
Pagi-pagi dah bersiap sebab nak datang kenduri
kahwin saudara belah MIL.
Kira sepupu dua pupu lah kot.
Iza pun tak berapa khatam saudara jauh belah
mertua ni. Ramai sangat. Bila dok borak-borak
rupanya ada kena mengena. Hah tu yang panjang cerita.


Seronok juga buat majlis kahwin masa hari raya.
Sebabnya ramai saudara mara boleh datang.
Datang kenduri sekali beraya.
Mengeratkan lagi silaturahim. Jimat kos tak perlu
balik ulang kali kalau buat majlis kahwin selepas musim raya ye.
Siap ada junior clown lagi kat kenduri ni.
Tu yang Muhammad Darwisy dapat belon pedang. 
Bagi behave sikit.


Selfie lagi tiga beranak.
Muka masing-masing sembab semacam 
gara-gara tak cukup tido. Hahahaha.
Duduk kampung kena bangkit awal pagi oii.
Nak-nak musim raya,
orang datang rumah awal pagi kelam kabut 
masuk bilik sorok diri. Hahahaha. Nasib lah.


Kalau ada yang perasan baju Muhammad Darwisy 
tiba-tiba bertukar. Pergi pakai baju kemeja warna merah.
Balik pakai T-shirt aje. Semua sebab dia melasak sangat.
Habis tanggal semua butang baju kat bahagian depan.
Dah macam samseng kampung pisang pulak.
Mujur ibu ada bawak spare baju dalam beg dia.
Cepat-cepat salin kat rumah kenduri.
Ni balik dari kenduri dok main buai bawah rumah
sambil selfie. Lepas tu dok pakat pergi mandi sungai
kat sungai Air Hitam, Jelai.



Dak kenit tak ready pulak nak selfie.
Ke menahan sejuk sebab tiba-tiba jadi
takut dengan air. Pelik ibu.


Dah macam gegurl pula muka anak ibu ni.
Seluar pulak corak ala-ala bunga lagi
lah orang ingat gegurl.
Puas ibu panggil Muhammad supaya orang notis
anak ibu ni boboi bukan gegurl.




Asal selfie guna hp dan monopod ummi.
Hahaha. Kalau jatuh kat sungai memang
nangis tak berlagu lah ummi. Hp kami tak bawak
simpan kat rumah selamat sikit. Ngeh. Ngeh.


Kami pergi dengan kazen my yayang.
Kema dan Adam. Dua-dua ni parent's to be Insya'Allah.
Bertambah lagi lah hero dalam
keluarga besar MIL nanti. 
Moga dipermudahkan semuanya. Allahumma amin.
Balik tu semua keletihan sebab penat main air.
Then masuk dapur tolong MIL masak untuk dinner.



Seronok dapat makan ramai-ramai macam ni.
Terus bertambah selera.
Iza tolong masak nasi, buat sambal belacan,
goreng sayur, rebus ulam-ulam, goreng telur dadar.
MIL masak sambal tumis ikan bilis dengan petai dan
panaskan lauk-lauk raya yang masih berbaki.
Tok lang sebelah rumah bagi gulai ikan masin.
Memang kenyang lah jadinya. Alhamdulillah.


Dah kenapa muka ibu dan anak pelik bebenar.
Khusyuk betul menghadap makanan.
Penuh meja. Lauk kampung memang the best.
Terus Iza jadi extra rajin nak memasak kalau kat kampung.
Hahahahaha. Feeling ala-ala ibu mithali.


Lepas makan solat maghrib berjemaah.
Then Pak ngah, Kema dan Adam pun balik.
Sunyi lah rumah bila saudara mara dah balik.
No wonder MIL suka beraya di Kurau Stone sebab
jadi tumpuan dan tempat berkumpul adik beradik
saudara mara semua. Syukur alhamdulillah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails