click this to be awesome person

Friday, 24 July 2015

[ENTRY 2] Eid Mubarak 1436 Hijrah @ 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sambungan dari entry syawal pertama
masih beraya di Kurau Stone, Taiping
rumah pusaka turun temurun MIL Iza.
Raya kedua lebih relax sebab tak terkejar sangat
macam raya pertama yang nak bersiap ke masjid
untuk solat sunat hari raya.
Raya kedua lebih ramai jiran dan sedara mara
datang ziarah di rumah kampung ni.
Seronok. Meriah raya di kampung.
Then tengahari kami ikut MIL pergi beraya di
rumah kawan-kawan sekolah MIL.
Boleh dikatakan ala-ala reunion tapi
secara kecil-kecilan. Ramah-ramah kawan-kawan
sekolah MIL. Rumah pun tak lah jauh sangat tapi
bila dah mula jammed tu yang tak seronok.
Walhal dekat aje. 


Sementara tunggu yang lain bersiap,
ibu ajak Muhammad Darwisy selfie dulu
tapi belum pergi beraya dah capai botol susu dulu.


Kalau dengan SIL Ina ni memang keje nya
selfie aje. Hahaha. Jangan marah ek ummi.
Dah tak memasal Iza pun join gak selfie.
Ngeh.Ngeh.Ngeh. Bukan selalu.


Selfie lagi.
Selagi belum keluar rumah kita
selfie aje. Putih sangat aih ummi awak
ni Muhammad Darwisy. Tenggelam ibu awak. Hahahaha


Dah kenapa abah berdiri tegak macam tugu negara pulak?
Ibu tak ready lagi la ummi dah snap. Adeh.
Muka terkena cahaya suci di tengahari terus
over lighting. Hahaha


Okey jangan tertipu,
Iza tinggi dari Ina sebab Iza pakai
wedges. Hahahaha. Bagi peluang Iza tinggi sket
dari adik ipar ye.




Mula bosan dah.
Asyik ambil gambar aje bila nak pergi beraya
agaknya. Sian dak kenit ibu sampai berpeluh.


Mak tok, Ummi, Muhammad Darwisy dan abah.


Dalam kereta sambung selfie lagi.
Hahahaha.
Muncung masam dah muka anak teruna ibu.
Okey lah kita nak pergi beraya dah lah.
Sambung entry seterusnya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails