click this to be awesome person

Wednesday, 1 July 2015

Dobi Layan Diri Clean Pro Express

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Balik dari kampung ni memang lah penat badan kan?
Penat atas jalan then balik rumah dengan nak buat kerja rumah lagi.
Selalu Iza kalau sebelum balik kampung ke 
nak berjalan jauh yang perlukan bermalam ke mesti akan
bersihkan rumah termasuk cuci baju siap lipat semua
supaya nanti balik rumah tengok rumah dalam keadaan tenang
dan nak rehat pun tak terhad.

Tapi kali ni memang agak kelam kabut.
Pack baju dalam beg pun last minute.
Tu balik rumah hari tu kain kotor sebakul tak cuci lagi.
Mesin basuh kat rumah pulak masalah sikit
tang nak keringkan tu. Motor problem kot.
Biasalah mesin tu beli dari mula kahwin sampai sekarang
dah hampir 6 tahun. Banyak berjasa. Nanti nak panggil orang
datang untuk repair.

Maka jadinya kami bawak lah kain baju kotor yang
banyak tu sampai dua plastik untuk cuci kat dobi layan diri ni.
Dah alang-alang nak hantar dak kenit balik
rumah nenek ada pulak dobi ni terus berhenti cuci.
Ambil masa dalam sejam jugak lah,
untuk washer dan dryer.



Dak kenit ni paling suka
sebab dia boleh tawaf satu kawasan tengok apa
yang menarik minat.


Nampak washer berpusing lagi lah
bertambah geram dak kenit ni.
Siap ketuk-ketuk cermin tu.
Kalau pecah ibu abah kena ganti lah jawabnya.


Ingat nak beli je sabun pencuci kat luar, 
tapi dah ada soap vendor ni beli je lah kat sini.
Amek laundry detergent satu, softener satu dengan laundry beg satu.
Terus feeling bau baju ala-ala kedai dobi.


Kalau korang tak ada stok duit syiling,
jangan risau kat sini ada 
coin exchange machine.
Masuk lah duit berapa amaun yang korang nak.


Hah? Buat apa tu?
Bersungguh nak tolong ambilkan 
sabun yang abah beli. Siap nak masukkan
kepala kat dalam tu.
Dah cerdik sekarang budak ni.
Macam-macam dibuatnya.
Tak terkawal kalau ibu sorang je kat situ.
Letih nak kejarkan dia.


Buat muka tak bersalah.
Dah la kenit.
Eiii geram ibu dengan awak ni Muhammad Darwisy.
Dah lah baru-baru ni dia pergi buang
handphone nenek dalam tong sampah.
Nasib baik nenek call telefon berbunyi dari 
dalam tong sampah. Kalau tak mahu dah terbuang
telefon nenek tu. Ibu abah juga kena ganti. T_T


Bagus kan kalau kat rumah ada dryer?
Bukan hair dryer tau tapi dryer machine untuk baju.
Boleh masukkan dalam wish list ni.
Dapat ke tidak belum tentu.
Musim hujan ni elok sangat guna dryer.
Tak lah baju bau kepam masam kan?
Iza hari tu pilih temperature
paling hot. Sebab nak baju semua bersih,
biar mati bakteria.


Menunggu dan terus menunggu.
Bosan jugak tapi nasib ada penghibur hati
dak kenit yang memerlukan pergerakan yang lebih.
Kang dia lari ke depan ke belakang.
Kang pergi main kat mesin.
Semua nak dicuba. Tu beg belang-belang tu
beg laundry kami lah tu, besar gila. Iza pun muat masuk dalam tu.


Senarai harga untuk setiap cucian atau pengering.
Sekali sekala boleh lah.
Kalau selalu mau nipis beg duit asyik nak 
mendobi kat sini aje kejenya.
My yayang berangan ajak buka biz ni kat area umah.
Bagus, cita-cita dan impian perlu setinggi gunung.
Moga usaha ke arah impian tu pun setinggi gunung juga.
Allahumma amin.


Kami guna washer yang RM5.00 untuk setengah jam x silap.
Pastu pilih gak suhu yang korang rasa sesuai dengan
baju korang tu. 


Dryer masa ni time remaining 16 minit.
Dah panas montot dah tunggu,
Orang lain dah siap dah. Ada yang terus lipat kat situ juga
sebab disediakan meja.
Iza pun sama terus lipat. Buat macam rumah sendiri.
Kalau terus sumbat dalam laundry bag mau balik rumah
baju-baju kedut seribu dan mendatangkan kemalasan
yang berpanjangan. Buat kerja rumah ni pun ada mood jugak.
Kalau rajin sekali tiga bakul je hadap.
Datang malas, baju anak secoet pun malas. Hahahaha.
Total lost pada hari tersebut adalah sebanyak RM13.50. Okey lah kan?
Cuma masa je lah banyak terluang dekat situ.
Kalau kat rumah leh lepak tengok TV.
Nak tinggal kang ada yang baju hilang pulak. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails