click this to be awesome person

Tuesday, 7 July 2015

[DEKORASI] Wall Paper Kaison Untuk Rumah Mak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas Iza dan my yayang luangkan 
masa di rumah mak Iza di Gombak.
Memang setiap tahun kalau dah dekat nak raya
akan luangkan masa bersihkan rumah mak apa yang patut.
Rumah mak jenis banyak barang.
Kalau disusun elok memang nampak kemas.
Tapi bila dah kadang nak cepat ambil barang
dan tak susun balik memang serabut.

Jadi anak-anak lah kena main peranan membantu.
Tak dapat nak menolong bagi wang ringgit
bantu dari segi masa dan tenaga.
Mak ada cakap dengan Iza teringin nak balut
peti sejuk dan mesin basuh guna wall paper
macam di rumah Iza. Ni dah alang-alang kami balik
bawak mak g KL Festival City sebab itu je Kaison yang terdekat.
Dengan harapan moga banyak pilihan wall paper yang murah
di situ. Macam biasa lah bila dah masuk Kaison,
hajat nak balut peti sejuk dan mesin basuh
melarat ke nak balut meja dan dinding.
Hahaha. Nampak tak perangai Iza turun dari siapa?
Well, like mother like daughter.


Info Wall Paper Kaison

Harga RM19.90
Material PVC
10 m / 45 cm
Dah siap sticker tinggal tanggalkan pelekat
dan pasang sahaja.

Jadi ini yang disambar hari minggu lepas.
Ada yang Iza pilih dan ada yang mak pilih sendiri.
My yayang tak bagi Iza pilih sebab rumah mak 
kan so biar lah mak ikut citarasa dia.
Tapi mak asyik tanya pendapat terus Iza bagi
kata putus. Hahaha. Bukan apa kalau makin lama kat dalam
Kaison tu boleh nipis beg duit jadinya.
Tu pun masuk terus ke bahagian wall paper.
Tak cuci mata dah kat bahagian lain.
Oh, tapi Iza ada beli alphabet yang kayu tu.
Nanti projek dah siap Iza review.


Yang ni untuk ditampal di meja makan.
Iza perasan setiap kali raya memang mak wajib
nak beli alas meja baru yang jenis plastik.
Tak kisah lah plain atau printed macam-macam corak.
Dulu Iza pun macam tu.
Tapi bila Iza mula tampal wall paper kaison
di meja makan Iza dah selesai masalah.
Sebab jenis tahan lasak dan kalis air.
Jadi mak pun nak benda yang sama dan menjimatkan.
Nampak mewah kan corak ni? Sedap je mata memandang.


Ni hasil tampal SENDIRI oleh Iza di dinding ruang makan.
Jenuh ye nak pasang sebenarnya tapi sebab kan ni dah jadi
sebahagian hobi Iza maka tutup mata aje.
Tips sebelum memasang wall paper di dinding,
korang kena pastikan segala benda macam perhiasan dinding
ditanggalkan. Macam lampu tu pun Iza buka.
Kalau boleh buka, buka la dan make sure
reti pasang balik. Kalau tak jangan nak memandai.
Kena gigih lah masa nak memotong di tengah-tengah tu.
Then kena bersihkan dinding dari sebarang kotoran habuk ke
taik cicak ke kalau ada lebihan wall plug kena potong sikit 
bagi sekata je dinding.



My yayang kata boleh ke tahan lapar dan dahaga,
buat kerja "berat" ni seharian?
Iza kata insya'Allah kalau niat ikhlas
nak gembirakan hati orang tua Allah akan bantu.
Gambar meja dah siap tampal wall paper.
Tak tahan tu mak lapik surat khabar nak hidang makanan berbuka.
Takut calar katanya. Hahaha. Iza gelak aje.


Kombinasi wall paper corak bunga dan belang-belang.
Mula macam tak yakin tapi berani kan diri buat.
Post dalam group FB wallpaper kaison terus dapat komen
dan like yang boleh tahan banyak juga.
Alhamdulillah, idea dikongsi bersama untuk manfaat bersama.
Ada yang ingat Iza upah orang pasang. Malu sekejap.


Maaf la gambar sebelum memang lupa nak ambil.
Yang tak sabar nak cepat siap.
Banyak kali juga buka balik wall paper dan pasang balik.
Gam nya sangat kuat, ni dah siap ada gam macam sticker tu.
So tak perlu beli gam ye. Dah tampal kena teliti dan sabar
supaya jangan ada gelembung udara terperangkap nanti.
Kena gosok dan tekan dengan kain lap supaya lebih kemas dan kejap.


Ni ada lebih tampal dekat coffee table pulak.
Tak payah guna alas meja dah.
Kalau nak guna yang jenis kait kecik tu then letak bunga hiasan di tengah.


Asal nak buat satu dinding je, terus melarat ke tiga dinding.
Dua design stripes satu flower.
Alhamdulillah siap juga satu setengah hari walau pun penat.
Dari sahur buat tak tidur sampai ke buka hari Ahad tu.
Terus mak masak lauk berbuka istimewa.
Untuk peti sejuk dan mesin basuh masih belum sempat balut.
Insya'Allah ada masa nanti sebelum raya Iza balik rumah
mak dan balutkan. Maklum lah kami adik beradik yang
dah kahwin ni semua tak dapat beraya dengan mak tahun ni.
Majority balik belah mertua.
Jadi tinggal mak Iza dan adik je lah raya berdua.
Sedih tapi nak buat macam man akan.
Harap mak happy lah dengan sedikit perubahan yang Iza buat.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. memang dah siap ada gam ke wallpaper ni? yg kt rumah tu ada org dtg psg..tgk cra dia psg mcm leceh je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg dah siap ada sticker blkgnya. senang x yah sapu gam hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails