click this to be awesome person

Tuesday, 28 July 2015

[DEKORASI] Rombakan Kecil Susun Atur Ruang Tamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat menjalani ibadah puasa sunat /
puasa enam sempena eidulfitri.
Iza hari ni baru masuk hari kedua puasa sunat.
Insya'Allah berhajat nak puasa penuh 6 hari minggu ni.
Moga diperkenankan Allah hendaknya.
Macam biasa mengemas rumah memang jadi kebiasaan
Iza lebih-lebih lagi untuk berdekorasi.
Selepas selesai majlis Jamuan Raya
baru-baru ini Iza ambil kesempatan untuk melakukan
beberapa rombakan kecil di ruang tamu.




Kedudukan dua buah kerusi diletakkan 
di bahagian hadapan ruang tamu betul-betul
sebelah pintu masuk dan membelakangi tingkap.
Kata mood raya, nanti kalau tetamu datang boleh lah
berbual mesra duduk di ruang tamu kecil ni.


Kedudukan meja makan masih sama cuma
sebelum ni memanjang ikut sama saiz dengan cermin
besar tapi kali ini Iza menegakkan.
Ada lah perubahan di mata ini. 


Ruang ni sebelum ni letak meja kecil 
dan kerusi ikea dua buah tu. Bila 
dah alih di hadapan sofa jadi kosong
maka nya Iza buat lah ruang untuk Muhammad Darwisy
bermain. Kira macam play area lah.
Tapi sekejap je kemasnya. Selebihnya telah menjadi
tidak terurus juga bersepah tahap dewa.
Ibu akur anak tengah nak explore. 
Keep it up my little caliph.


Baru jumpa pelekat yang boleh
lekatkan alphabet ni di dinding tanpa
meninggalkan kesan pada dinding.
Macam plaster sine tapi boleh melekat.
Tak ingat apa namanya. Beli di kedai Mr. DIY.
Nanti ada masa insya'Allah Iza share.
Sekian.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^ 


2 comments:

  1. play area dekat dengan ruang tamu saya suka, sebab kalu tetamu yang ada anak kecik, boleh la dia main kat play area tu..syok la mak pak dia nak sembang bila anak ralit duk main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ cik hani. hehehe. macam tu juga lah yang Iza fikir. riuh rendah lah sikit nanti hall tu. hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails