click this to be awesome person

Wednesday, 1 July 2015

Chicken Chop Murah Oleh Dapoq Kita @ Festival Ramadhan Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam berbuka kat luar.
My yayang ajak buka di gerai-gerai sekitar opis dia.
Kat sepanjang kiblat walk nak menghala ke Masjid Besi.
Iza macam malas, tapi fikir balik nak hadap jammed
atas jalan. Buka jelah dulu kat situ.




Masa ni awal lagi so orang tak berapa ramai lagi.
Ramai yang guna laluan ni untuk ke bazar ramadhan.



Wah ada set meja makan dengan kerusi
dari kayu palet yang diidam-idamkan.
Terus book meja tu sementara my yayang 
pesan makanan berbuka.


Ngantuk sangat masa ni sampai snap gambar pun
pejam mata. Hahaha.


Menu istimewa dari Dapoq Kita, yang penting harga sangat 
menepati bajet. Tak mahal sangat. Mana nak dapat
Chicken Chop harga RM5.99 sekitar Putrajaya?
Kalau ada pun indah khabar dari rupa.
Tapi yang ni, khabar pun indah.
Rupa dan rasa pun indah.
Sedap sangat.
TQ akak amie dan abg wan
sebab menyediakan perkhidmatan makanan yang murah
lagi sedap untuk warga Putrajaya ni.


Kalau lalu depan kedai bau pun dah buat
nafsu melonjak tak sabar nak berbuka.
Takut habis cepat-cepat minta my yayang pesan makanan.
Rasa macam nak repeat lagi je hari ni.
Air pun ada pelbagai jenis.
Semalam Iza minum air kedondong asam boi.
RM3 sahaja cup besar.
Memang puas hati sebab pekat,
terasa jus kedondong dan masam masin asam boi.
Tak macam setengah peniaga di bazar ramadhan,
warna je menarik bila berbuka minum rasa air paip
dan air gula je. Tak tahu yang dibeli tu air kelapa atau air paip berperisa gula. T_T
Jangan macam tu wahai para peniaga sekalian,
tak rasa bersalah ke makan rezeki dengan cara begitu?
Aniaya orang yang sedang berpuasa.
Sama-sama lah muhasabah dan audit balik kualiti makanan yang dijual ye.
Biar mahal janji sedap,
ni dah la mahal tak sedap pula.


Semalam kami berdua makan
Beef Ball dan Lamb Chop.
Sedap sampai malam tadi terkenang-kenang. 


Lamb Chop Set
akan dihidangkan sekali bersama
coleslaw + french fries atau butter rice.
RM9.99 sahaja. Black pepper sauce
memang sedap. Kena dengan tekak Iza.


Beef Ball Set
sama juga ada coleslaw + french fries.
RM5.99 sahaja.
Sangat mampu milik.
Kalau beli nasi campur kat bazar pun dan lebih
tapi dapat lauk berapa jenis je rasa belum tahu sedap
melainkan peniaga tu selalu meniaga dan kita kenal.



Bawah tu bersebelahan dengan Masjid Besi
adalah bazar ramadhan.
Tengok dari atas ni pack sangat.
Tak sanggup nak berjalan cari juadah berbuka di situ.
Jadi bagi yang tak suka bersesak tu boleh
lah berbuka di kiblat walk / festival ramadhan di kompleks perbadanan putrajaya ni.



Sambil-sambil tu selain makanan,
ada juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barang untuk persediaan raya.
Harga boleh tahan.
Kalau pandai tawar menawar insya'Allah rezeki korang.
Ni antara baju yang Iza berkenan.
Tapi belum decide lagi sama ada nak beli ke tidak.
Ada lace RM79, material satin.


Yang ni tiada lace RM69,
material x pasti tapi bukan satin.


Kalau kita boleh pilih untuk berjimat dengan banyak pilihan
kenapa tidak kan?
Kena rajin survey lah.
Insya'Allah ada yang menepati bajet anda.
Tak semestinya benda mahal je baru meriah raya,
benda murah pun kualiti bagus lagi jadi rebutan.
Lebih bersederhana itu amat dituntut dalam Islam.
Elakkan pembaziran.

Oh ya, Dapoq Kita tu ada restoran di 
Pengkalan TLDM Lumut tau.
Kot la ada yang ke sana musim perayaan nanti
dah bosan makan ayam daging rendang nak 
cuba makanan western boleh lah ke sana.
Iza tak pasti lokasi sebab x habis tanya.
Jom kita bantu sokong usahawan melayu dan bumiputera.
Cari produk muslim dan halal kan sunnah.
Iza xde kena mengena dengan pemilik Dapoq Kita ye.
Takut ada yang salah sangka nanti promote lebih-lebih.
Benda baik tak salah share.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. menarik..teringin nak merasa jugak tapi tak taulah sempat ke tidak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik. ala, leh singgah kejap je pas balik keje. fendi naik motor kan. hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails