click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

Tungau Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kembali bersiaran setelah beberapa hari cuti balik kampung suami.
Semalam terpaksa meng-MC-kan diri dek separuh anggota badan diserang gatal-gatal.
Gatal yang teramat sangat.
Miang.
Merenyam.
Dan pelbagai perkataan yang sesuai dengannya.
Niat hati nak je sapu minyak panas di tempat yang diserang gatal-gatal tu.
Tapi x boleh jadi sebab asal hilang panas / berangin minyak
kegatalan melampau mula kembali.
Mana boleh tahan.
Silap-silap boleh jadi kurang waras nanti.
Ingat kena masa pergi kutip buah durian yang
dah gugur kat kampung MIL tapi rupanya bukan.
Rupanya kena masa tengah rancak bersihkan kubur
arwah FIL dan juga arwah tok perempuan juga tok lelaki belah suami.
Yela, kawasan perkuburan yang dah semak then diracun pula mestilah
semak samun tu dah kering. Jadi kami (Iza, my yayang & MIL) pun
bersihkan la kawasan tu.
Tujuan supaya masa nak ziarah kubur pagi raya nanti
tak lah susah nak lalu at least dah bersih pergi
ziarah untuk sedekahkan bacaan ayat al-quran apa yang patut.
Sebab tahun ni giliran raya belah my yayang.
Semalam pergi klinik doktor pun suspek kemungkinan besar tungau.
Doktor cuba nak cari kot ada tungau yang masih hinggap
di kawasan yang dilanda kegatalan tu,
tapi ternyata dah tak ada. 
Mungkin tungau tu just datang singgah dan pergi.
Meninggalkan kesan merah yang gatal lagi merenyam. T_T
Dapat lah ubat sapu dan makan semalam.
Tapi ubat sapu tu makin sapu makin merenyam gatal jadinya.
Mungkin sedang bekerja nak mematikan tungau tu kot?
Nak makan ubat tahan gatal semalam puasa,

sayang pula nak berbuka.
Dah makan ubat tu jadi ngantuk pula
sudahnya pagi tadi terlajak dan tak bangun sahur. T_T
Mengharapkan kegatalan ini segera beransur baik.
Malu aih kat opis kalau dok tergaru-garu.
Seumur hidup tak pernah kena gatal macam ni.
Dah besar macam ni baru nak kena memang
lah kurang elok jadinya sebab asyik tergaru. Huhuhu.
Paling tak tahan bila dah gatal tu cuba tahan diri
dari tak garu tapi tewas.
Sebab
memang dah gatal sangat.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails