click this to be awesome person

Monday, 22 June 2015

Tips Pasang Wall Shelving Ikea & Drill Dinding Cara Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita hari Sabtu bersamaan puasa hari ketiga.
Gigih bertukang sekejap sementara suami pergi kerja 
si isteri pun mencari kerja untuk dibuat di rumah.
Tapi bukan kerja melipat kain berbakul atau kerja
mendobi yang dibuatnya, kerja bertukang juga yang digemari.
Rasanya Iza ni ikut perangai arwah ayah suka bertukang aje kejenya.
Dulu ingat lagi masa kecil dalam darjah 3 macam tu kot
arwah ayah bertukang sendiri buat rumah kat tanah kebun
sekitar Kg. Melayu Subang. Gigih ni Iza dok pulun angkut batu-bata,
ikat batu-bata dengan simen buat tembok, bancuh simen dengan pasir.
Seronoknya lah hai. Tapi tak pulak belajar dulu ambil engineering
ke bidang perniagaan jugak perginya. Alahai. 


Ni hah, gara-gara wall shelving Ikea ni lah. Dulu wall shelving ni semua
pasang dekat atas TV sebab TV dok atas kabinet TV. Ni dah
pasang TV kat dinding haruslah cabut balik semua wall shelving ni.
Yang tinggal satu je lah dekat bawah TV tu. Jadi dari yang ada ni tak guna
mula lah mencari ruang untuk berdekorasi.
Selalu nak tandakan untuk bahagian mana yang untuk
ditebuk lubang mesti banyak kali kerja. Puas guna screw driver la
guna macam-macam lah. Sakit tengkuk dok pegang nak
dapat lubang yang betul-betul sekata.


Kali ni dah tak payah dah guna cara tu,
Masukkan skru dekat lubang berkenaan macam dalam gambar
pastu ambil je masking tape, Iza guna double sided tape
sebab tak jumpa cari masking tape dalam tools box. Buat macam cara
kat atas tu senang dan mudah. Baik-baik jangan sampai
terluka tangan kena skru tajam tu ye.


Acu kan pada dinding ikut paras yang korang rasa bersesuaian,
dah rasa ngam tu tekan je tape tu ke dinding.
Cara ni kalau buat dua orang lagi mudah tapi sebab Iza sorang
je gigihkan juga lah kudrat yang ada.
Esok Muhammad Darwisy dah besar kena ajar die buat gini semua.
Biar ada basic bertukang dan buat kerja rumah senang sikit.


Iza nak pasang dua unit wall shelving so agak-agak lah
ruang dan jarak yang yang bersesuaian. Niat hati nak pasang
wall paper kaison kat dinding ni. Tapi nanti-nanti lah.
Suka buat kerja banyak kali, ye lah kalau nak pasang
wall paper kena clear kan dinding baru lah mudah nak pasang kan?


Korang drill je sekuat hati.
Mula-mula memang akan rasa gegaran sampai ke otak
tapi bila dah sedap drill keseronokan tu dah ada memang x ingat apa dah.
Lagi bertambah tak sabar ada lah nak cepat siap.
Hati-hati ye buat kerja, kena panjat tangga semua.
Kena teliti. Jauhkan peralatan yang boleh buat korang mudah cedera.



Dah selesai kerja drill, jangan lupa masukkan wall plug ke
setiap lubang yang korang dah tebuk tu tau.
Tujuan supaya skru yang dipasang nanti atau apa yang bakal korang
gantung nanti lebih kuat dan selamat tak delah orang sebelah
drill dinding gak jatuh pulak hiasan korang kat dinding ni.
Dah kena buat balik kerja penyelenggaraan. Eh, bila dah masukkan macam
dalam gambar tu ambil tukul / hammer / mertun ketuk sampai 
wall plug tu tenggelam ke dalam ye jangan biar terjulur macam tu pulak. Hehe.


Hasilnya seperti di dalam gambar di atas.
Terus feeling macam dekorasi di butik / kafe dan sebagainya.
Balik je dari kerja my yayang geleng kepala.
Nak marah dan bising pun x guna katanya,
dah isteri jenis tak menyabar. Hahahaha.
Tapi katanya cantik, Iza tambah lagi kalau belakang
tu ada wall paper lagi cantik. Sengih je lah my yayang tu,
takutlah tu isteri nak minta belanja. Hahahaha.
Alphabet MR & MRS tu saja park situ dulu,
nak ke Kaison or Typo nanti nak cari huruf nama 
pangkal anak beranak. Hehehehehe.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

3 comments:

  1. rajinnya..betol2, kna ajar anak lelaki basic2 mnukang dan mendrill..hahha jgn jd mcm saya, nk cat umah pun mlas sgt..tiap kali kol mak mst dia tanya "umah dah habis cat ke??"..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. rajin sebab mood raya kot. hihi. tapi betul gak fendi benda2 gini ada mood nya. bila datang rasa tak boleh berhenti. bila x dtg seru lah banyak kali pun x jalan. hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails