click this to be awesome person

Wednesday, 17 June 2015

Syabas Team Bomba KLIA, Selangor : Kes Tangkap Ular


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kisah cerita ni kalau dok tunda lagi tak update maka nya akan
terus kekal dalam draft le jawabnya. Entah kenapa sejak-sejak
Muhammad Darwisy pandai berjalan ni terasa masa berlalu begitu pantas.
Sampai kan kerja rumah pun tak sempat nak siap. Rasakan lah.
Ni cerita minggu lepas tak silap hari bekerja.
Dimaklumkan di dalam group whatsapp DSQ taman perumahan kami
tentang penampakan ular sekitar kawasan rumah.
Dan yang paling cemas lagi ular tersebut dah masuk dalam 
salah sebuah garaj rumah. Paling-paling takut lagi salah sebuah
rumah tu dekat sangat dengan rumah Iza berdepan je.
My yayang terus memecut laju kereta sebab cubaan nak jadi hero,
eh bukan tapi nak membantu memandangkan ramai orang lelaki
belum balik kerja lagi petang tu. Jadi kurang best lah kalau yang pergi
meninjau lokasi orang perempuan kan? Jarak balai bomba KLIA dengan
taman perumahan kami ni tak lah jauh mana tapi disebabkan 
faktor kesesakan lalu lintas menganggu juga lah.
Apa pun team bomba KLIA sampai cepat dari yang disangka.
Kami semua semasa menunggu team bomba sampai doa-doa 
moga ular tu tak lah keluar dari kawasan garaj rumah tersebut.
Mau berlari kami kaum-kaum hawa ni karang.
My yayang siap panjat pagar nak tengok keadaan ular tu
sebab menyorok sebalik celahan motor.





Kes penangkapan ular ni merupakan kes kedua di taman perumahan kami ni.
Sebelum ni ada dah kes tapi lewat malam, meriah team bomba datang dengan jentera
dan sebuah van. Hihihi. Dah lah rumah kami ni betul-betul tepi laluan utama.
Apa pun syukur tiada yang cedera walau pun ular tu bersaiz sederhana kecil
tetapi dengar nya ular tedung ke ular katam tebu. Wallahualam.
Sebab Iza memang tak suka ambil tahu pasal hal ular.
Naik meremang bulu roma rasanya ni hah.


Lepas ni perlu ambil langkah berjaga-jaga dan kena ingatkan semua warga DSQ
luangkan masa membuat penyelenggaraan rumput, belukar ke semak samun supaya
tiada lagi kes ular. Bukan apa risau kena patuk aje, yang ditangkap semuanya
jenisnya berbiasa. Sebab tu x pelik kalau team bomba datang siap pakai helmet.
Buatnya disembur nye bisa ular ke muka tak ke dah jadi kes berat.
Lebih baik mencegah dari mengubati ye tak?
Jom save no telefon penting seperti bomba, polis, hospital
dalam hp masing-masing supaya berlaku sebarang kecemasan kita lebih bersedia
dan tidak panik. 

Nombor telefon balai bomba KLIA 03 8787 4970
Nombor telefon IPD Sepang 03 8706 2222


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails