click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

Songkok Pertama Muhammad Darwisy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas hari Khamis lepas solat terawih
pergi amek dak kenit ni kat rumah nenek
sebab nya kami nak balik Batu Kurau
kampung MIL merasa suasana berpuasa di sana 
untuk beberapa hari.

Then balik dari rumah nenek tu singgah 
di down town Seri Gombak sebab hajat nak cari songkok raya
untuk Muhammad Darwisy ni.
Walau tahu kebarangkalian nak dapat saiz kepala
yang sungguh kecil tu amat tipis.
Tapi kuatkan hati juga la.

Memang dah rezeki dak kenit sorang tu
ada satu gerai jual songkok ada pulak saiz kecik.
Paling kecik saiz 18 dan tinggal satu je.
Hahaha. Apa lagi terus Iza sambar letak kat kepala dak kenit ni.
Gedik-gedik muka senyum konon hensem lah tu?
Hehehehe. RM10 je pun. Alhamdulillah rezeki anak ibu.


Sampai rumah pun tak habis melaram dengan
songkok baru dia tu ye.
Buat muka comel lah apa la.
Dah pandai macam-macam sekarang ni.
Ibu dah habis bateri nak
layan keletah dia yang x penat-penat.
Ibu tengok pun dah penat.


Dah seminggu berjauhan dengan ibu abah,
balik rumah haruslah balas dendam dera ibu abah kan?
Sepah-sepah kan rumah.
Baling-baling barang.



Jalan pun makin laju sekarang.
Ibu dah dapat bayang macam mana keletah
kamu di hari raya nanti.
Memang ibu abah kena makan bergilir la
sebab kamu sudah pasti terlebih gembira 
nak berlari ke sana ke mari lebih-lebih lagi
di rumah kampung mak tok.
Luas besar pulak tu memang jadi kegemaran lah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails