click this to be awesome person

Thursday, 11 June 2015

[MUHASABAH DIRI] Akan Adakah Ramadhan Untuk Kita Pada Tahun Ini?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekadar untuk renungan dan menjentik hati-hati kita semua yang sememangnya
telah lama lalai dan jauh dari jalan Allah.
Adakah kita pernah tefikir atau terlintas di fikiran bahawa
Ramadhan pada tahun ini bakal kita temui seperti tahun sebelumnya?
Bila difikir kembali akan kematian sungguh hati begitu kecil dan gentar bukan?
Terasa seakan tiada bekalan yang bakal dibawa menghadap Allah yang Esa
juga yang akan menemani kita di alam kubur nanti.
Jom kita jentik hati kita supaya iman kita kian meningkat
lebihkan amalan kepada yang Esa.

Di kesempatan ini juga Iza ingin memohon ampun dan maaf
atas setiap kekhilafan, kesilapan dan ketidaksenangan hati sesiapa 
kepada Iza sepanjang berblog ini. Mohon jangan disimpan di dalam hati
kerana maaf dan memaafkan itu adalah sifat yang terpuji di sisi Allah.
Wallahua'alam bisawab.





**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails