click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

Muhammad Darwisy Pergi Kerja?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jumaat lepas Iza bawak dak kenit ni pergi ke opis sekejap
sebab petang tu dah nak balik kampung.
Risau jugak takut dak kenit ni
tak behave maklum lah baru dapat kaki.
Kang kecoh satu pejabat dengar suara dia.
Tambah lagi pulak 3 hari (Rabu, Khamis, Jumaat)
seluruh Kompleks A, B, C, D, E, Alamanda dan Hotel Everly
mengalami gangguan penghawa dingin.
Dok berpanas lah kami sepanjang 3 hari tu.
Berkuap rasa. Mula lah mencari kipas untuk diguna.
Mujur dak kenit ni tak banyak sgt ragam yang pelik-pelik
sepanjang kat opis ibu.



Suka makan biskut berbanding
nasi atau makanan berat.
Nasib behave.
Ibu pun tenang je.
Ada lah kejap-kejap menjerit sebab
ibu tak bagi berjalan sebab laju sangat jalannya.



Dah bosan habis kacau barang-barang ibu
dekat pejabat.
Aduhaiii.



Sempat tido sekejap kat opis ibu.
Atok kesayangan kat opis tu dodoikan dia
sementara tunggu nak solat Jumaat.
Dari kecik memang ngam ngan atok ni.
Ni dah pandai jalan dan kenal orang bukan main lagi suka.
Menumpang kasih atok
sebab atok dua-dua belah dia dah tak ada.



**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails