click this to be awesome person

Thursday, 18 June 2015

Muhammad Darwisy 1y 4m

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam 17/6/2015 genap Muhammad Darwisy 
1 tahun 4 bulan. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah swt
Muhammad Darwisy dah jarang sakit, demam sejak-sejak "tinggal"
dengan nenek ni. Itu ibu perlu akui lah, bab kesihatan memang jadi keutamaan.
Dulu memang rasa berkira-kira nak berjauhan dengan anak
dan rela lah bersusah payah cuti bila anak sakit semua tapi 
lama-lama hati mula terdetik tak nak anak masuk wad lagi macam sebelum ni.
Apa pun kita serahkan segalanya pada Allah untuk menjaga insan-insan
yang kita sayang. Dah banyak perkembangan Muhammad Darwisy ni dah.
Mujur masa pandai berjalan hari tu ibu dapat saksikan saat indah tu.



Kalau naik kereta je memang xkan reti duduk diam macam dulu dah.
Seboleh mungkin nak explore apa yang ada dalam kereta tu.
Channel radio bertukar dah tak heran dah.
Kalau tiba-tiba radio bunyi macam nak pecahkan gegendang telinga ibu
dengan abah tu pun dah tak heran. Swith on / off radio, kuatkan suhu air cond,
mengemas dash board dan macam-macam lagi.
Yang paling kena jaga-jaga bab tombol gear tu.


Bila ibu tegur sket kalau mood baik menyengih je lah tunjuk gigi
tersusun cantik tu. Nasib gigi putih paksa gosok gigi walau menangis macam kena pukul. Kalau mood tak baik ibu tegur habis kena lepuk-lepuk muka ibu ni.
Dah pandai protes, menjerit, merajuk semua dok ada. T_T


Baik sangat masa ni tu jadi best friend ibu tu.
Nak pandang kamera nak ikut cakap ibu.
Baikkkkkkkk sangat.


Dah banyak nak makan sendiri.
Kalau makan mi goreng cara makan sehelai-sehelai,
kalau makan nasi cara makan sebutir-sebutir masuk mulut.
Bila nak habis wahai anakku? Satu bagus Muhammad Darwisy ni
suka minum air masak. Kadang Iza risau takut kembung perut minum banyak sgt.


Bila dah "dapat kaki" = pandai berjalan ni asal nampak selipar ke kasut
dia ke mesti ajak jalan. "Bu, jom" tak pun "Bu, nak".


Gambar malam tadi, bersungguh menangis nak ikut abah dan nenek
pegi solat terawih di masjid KLIA. Berjurai-jurai air mata. Alahai anak.
Nanti kita pergi ye. Pagi tadi 4.30 pagi dah bangun kejut ibu dan abah
bangun sahur. Bukan main bulat mata bangun awal pagi.
Iza perasan anak usia macam Muhammad Darwisy ni tengah belajar
nak ekspresikan perasaan / emosi diorang.
Tu kadang rasa diorang macam melawan la, protes la,
mengada-ngada la. Memang boleh hilang sabar kalau tak dikawal.
So sebagai ibu dan abah kena banyak main peranan dan tambah ilmu
parenting tu supaya lebih cerdik tangani situasi. Sebab kalau silap didik
atau silap bimbing akan terbiasa sampai ke besar dan kita
mudah menggelar anak kita sebagai seorang yang "degil".
Jom kongsi jika korang ada tips yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. makin lasak dak kenit ni. bila achik nak jumpa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat lasak. letih berganda ibu die. ha'ah bile nak jumpa? jom plan buka puasa sm kat luar nak? ajak kak hanis join sekali. hehe

      Delete
  2. tu lah,time umur budak macam ni dia tengah serap segala yg ada di persekitarannya..perasan jgk si aqeef tu,kalau kita marah2 dia nnti dia pun akan ikot sama marah2 jgk..klu kita berlembut dia pun akan ikot sama..risau kalau org ckp anak kita degil,sbb rasa mcm xcukp didikan plak tp kdg2 geram jgk dgn org yg ckp gitu sbb mcm xblh nk fikir budak umur sethn lebih,apa la yg dia fham kn sgt,betul x?tu yg kdg2 pyah dia nk ikot apa yg kita suruh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat tu dear. dulu Iza pun macam terkejut nape lah dak kenit ni makin menjadi2 perangai memberontak die ni. then perlahan2 cari info baca itu ini dari sumber rujukan yang bagus, memang rupanya umur macam tu die tengah nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. nak cuba luahkan emosi so kalau kita silap balas layanan pada die memang akan jadi terbiasa sampai besar. so parents kena main peranan sgt banyak sabar. macam mana la kita kecik2 dlu mak ayah sabar dengan kita skrg giliran kita pulak. hehehe. jom lipat kali gandakan kesabaran dalam diri. hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails