click this to be awesome person

Monday, 8 June 2015

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa ramai yang dah tahu tentang pembukaan MOP ni kan?
So tak perlu nak cerita panjang lebar ye dak.
Terletak bersebelahan / berdekatan dengan Masjid KLIA.
Jalannya sama macam nak ke KLIA / KLIA 2.
Betul-betul tepi jalan, boleh susur masuk kiri nak ke MOP.
Nak ke KLIA / KLIA 2 terus aje.


Parking boleh tahan penuh maklumlah tempat baru masih panas,
dan memang panas pun. Tapi satu kelebihan MOP berbanding 
Johor Premium Outlet (JPO) adalah berhawa dingin.
Jadi tak lah risau kalau nak bawa anak kecil sebab tak panas.
MOP ni konsep lebih kepada shopping mall.
Kemudahan sama macam mall lain jugak,
surau pun tak lah besar mana bagi Iza selesa lah.



Nampak kubah Masjid KLIA tu.
Bila masuk dalam memang pelbagai orang jumpa.
Tourist pun ramai sebab dekat ngan airport kan.


Dari main entrance.
Orang tengah beratur nak bergaya dengan kimono free
jika korang ada buat sebarang pembelian di MOP ni mana-mana
store / outlet just tunjuk resit dan boleh menggayakan
pakaian tradisi jepun tu.


My yayang dah teruja sebab banyak barang sukan ada kat MOP ni.
Ada Nike, Adidas, Puma lagi apa ntah tak ingat.
Nak masuk Nike beratur panjang kalah nak tengok bola,
Iza tak sempat nak snap gambar pun. Ni masuk adidas pun ramai jugak.
Tu dah pegang kasut bola tunjuk harga murah.


Paling tak tahan harga kat butik Trudy & Teddy ni hah.
Baju budak sale gila-gila sampai ada yang sehelai belas ringgit je.
Nangis tengok. Baju untuk budak lelaki x banyak pilihan
sebab dah banyak habis. Yang tinggal baju untuk budak perempuan je.




Dak kenit ni baru bangun tidur.
Bangun-bangun dalam stroller terus buat muka happy
tahap maksima. Pastu ntah apa-apa dia cakap.
Mungkin teruja kot.




Selfie kami anak beranak sebelum hantar
dak kenit balik rumah nenek.
PJJ lagi untuk seminggu ni.





Merajuk, ibu suruh tatih jalan die taknak.
Geram je rasa. Sabar jela.


Terus berpaling muka ke arah sebelah sana.



Nak masuk Hush Puppies pun beratur jugak.
Kebanyakan outlet kena beratur.
Sungguh la malas nak beratur.



Kami tak lah lama mana dalam tu ada lah dekat 1 jam,
tapi tahu parking berapa?
RM4.00 tak pasti untuk kadar berapa jam.
Hari cuti hujung minggu kan? Harus lah mahal.


MOP ni based di Jepun.
Perkataan Mitsui pun dah tahu jepun. 


Boleh naik bas shuttle jugak ke KLIA / KLIA 2.
Percuma lagi.
Then siap ada skrin yang pamerkan flight jam berapa semua.
So tak delah orang yang nak "fly" nanti terlepas flight.
Juga ada sediakan Check in counter / centre.
Dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai akan
ada satu mall / outlet lagi yang akan dibuka sekitar MOP ni.
Tak pasti bila. Tunggu dan lihat sajalah.
Yang pasti harga rumah dan hartanah kawasan ni
memang tengah meletop. 


Terus kami ke Gombak hantar dak kenit ke rumah nenek.
Bermula lah lagi rindu dendam ibu dan abah dekat 
Muhammad Darwisy. Tapi alhamdulillah, since duduk dengan 
nenek dan tak hantar taska ni dah lama tak demam/selesema/batuk.
Syukur, memang itu yang abah dan ibu harapkan.
Nak kan anak sihat kena lah berkorban.
Insya'Allah sikit masa je lagi nak back to normal routine.
Apa pun kita as human sekadar mampu merancang
Allah jua yang maha menentukan segalanya.
Wallahu'alam bisawab.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


4 comments:

  1. Dia pnya beratur tu tak penah surut agaknya..rmai betul org..tp mmg sale gile2 kan, org rmai ambk ksmptn shopping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ah. memang nak nangis tengok harga murah. namun ku pendamkan hasrat memandangkan gaji lmbt lg hahaha.

      Delete
  2. kena tunggu setahun buka baru pergi. takde lagi beratur kot. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangnya gitu tapi hati menggeletik nak pergi hahaha. hamek rasakan penangan outlet baru buka mmg full lah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails