click this to be awesome person

Monday, 22 June 2015

[MENU] Karipap Semudah Alif, Ba, Ta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ni kena serang dengan penyakit asyik nak update blog dah kenapa?
Sebab nanti simpan lama-lama mesti jadi draft je memanjang.
Baik upload cepat sebelum basi kan?
Dah nama pun bulan puasa memang tak lari dengan makanan.
Korang sabar je lah ye, jangan nak salah kan entry ni kalau
ada yang terliur. Bawak mengucap sikit dan lawan nafsu makan tu.
Anggap sahaja ni semua dugaan di bulan puasa. Ngeh. Ngeh.



Buat adunan pun main agak-agak takde sukatan yang tepat
rasa-rasa okey terus uli sampai jadi.
Tepung gandum, planta, air sejuk / ais ketul (untuk bagi rangup).
Tapi MIL Iza kata ni adunan terlebih planta. Hahahaha.
Xpe, next time cuba lagi yang terbaik. 


Isi nya Iza tumis bawang, cili padi, sardin dan kentang potong dadu.
Campak serbuk kari sket dan garam.
Masak sampai kentang separuh lembut.
Nanti bila dah kelim dalam doh nak goreng masak lagi.
So tak de isu kentang tak masak ye.


Cara yang belajar dari MIL.
Doh yang ada tu bahagi ikut kesesuaian rasa.
Gelek guna penggelek, macam Iza xde so Iza guna je botol thermos.
Hahahaha. Dah leper terus gulung macam buat kuih ketayap tu.


Pastu potong ikut sesedap rasa nak tebal mana.
Hujung buang untuk adun balik dengan adunan yang masih berbaki.



Gelek pulak adunan yang kecil-kecil lepas dipotong tadi tu.
Tengok lah bukti guna botol thermos.
Jadi tiada alasan tiada penggelek ke apa ke kan?
Kalau memang dah tak nak buat cakap je malas buat.
Tok sah berdolak dalih. Hahahaha. 



Jadi macam di atas tu cepat-cepat letak inti.
Jangan letak banyak sangat nanti korang yang payah nak kelim tepi.
Iza kelim manual, tak pakai pun alat khas tu sebab tak de kat rumah.


Kalau jadi kes tepi-tepi doh tu tak cantik, korang tak yah lah sebak.
Sebab ada zara nak alter balik.
Janji boleh kelim. Tak de masalah.



Hah, kan boleh diselamatkan tu.
Korang lipat dua cantumkan je setiap hujung tu pastu picit-picit
dengan jari. Bile dah leper baru senang kelim. Hihi.


Maaf lah ye karipap buatan Iza memang kecil molek je
macam tuan dia. My yayang kata sekali ngap je hilang.
Siap request nak yang besar lagi.
Ada tak de masalah, suami nak isteri kena lah tunaikan.


Hah ni ikut saiz tuan badan dalam rumah.
Yang untuk my yayang tu memang besar.
Besar tapak tangan Iza jugak lah, ke macam karipap kat Ikea tu.
Siap bubuh keju dalam inti tu. Makan lah sampai muak ye.
Buat saiz sama macam dak kenit sebab rindu kat dia.
Uhuk. Uhuk.



Ni selesai goreng.
Boleh lah bagi jiran-jiran sikit.
Banyak sangat pun buat apa, membazir je kan?
Tapi senget benget lah kelim tu.
Harap maaf lah ye jiran-jiran yang dapat.
Yang penting masuk mulut rasa karipap bukan rasa donut kan?
Hihihihi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails