click this to be awesome person

Monday, 22 June 2015

[MENU] 3 Ramadhan 1436 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari minggu duduk saje di rumah mula lah keluar
balik skill memasak yang suam-suam kuku tu.
Memang kalau boleh tak nak membazir di bazar sebab
tak tahu rasa macam mana satu hal, harga melampau satu hal,
penat nak berjalan satu hal, belum lagi dok berlanggar bahu dengan
orang sebab berasak nak beli makanan.
Sudahnya masak je lah apa yang ada dalam peti sejuk tu kan?
Kalau masak tak berapa sedap pun
mudah-mudahan air tangan yang masuk meresap
di dalam setiap masakan tu boleh menjadi pengikat kaish sayang suami isteri.
Eh ada tau zikir / doa khas masak memasak,
setiap perbuatan zikir / doa berlainan lagi. Nanti Iza share ye, Insya'Allah.

Menu hari Sabtu hari tu 

Asam Pedas Ikan Kembung,
Sayur Kacang Bunci Goreng Telur,
Bergedil Kentang dan Ikan


Asam pedas.
Resepi sila google sendiri.
Iza main campak je.
Paling best nak masak petik je daun kesum belakang rumah.
Gedik sangat masa nak petik tu feel macam
gadis kampung yang ayu gitu. Hahahaha.
Eh tak lah, petik dengan penuh kasih sayang
sambil selawat dan doa moga-moga makin subur hendaknya tanaman tu.




Resepi sayur kacang buncis goreng telur tu
pun sila google sendiri. 


Resepi Bergedil Kentang & Ikan

Kentang 3 biji - Potong 4 dah goreng sedikit garing
Isi ikan (Iza guna ikan kembung, lagi sedap kalau isi ikan tenggiri ke / tongkol ke / ikan merah ke hahaha) - terpulang nak rebus dahulu atau isi mentah
Bawang besar 2 biji - potong dadu (halus)
Cili merah / cili api (ikut kesesuaian tahap kepedasan korang) - racik halus
Daun bawang / Daun Sup - Hiris halus

Cara-Cara

Kentang ditumbuk lumat di dalam lesung batu,
Isi ikan pun ditumbuk lumat (jaga-jaga tulang ikan),
Masukkan semua ramuan dan gaul sebati
jangan lupa perisakan dengan garam secubit.
Bentukkan ikut suka hati korang.

Panas kan minyak dalam kuali,
telur sebiji pukul rata. Masa nak goreng tu celup 
ketulan dalam telur dan goreng.
Kalau ada serbuk biskut hup seng ke cream cracker ke
lagi best lepas celup telur golek kan dekat serbuk biskut dan goreng.
Kemudian dah garing boleh angkat dan tos kan.
Hidangkan dan jangan terus makan sebab
kena tunggu azan. Maklum lah bulan puasa. Hihi.




Sekian menu berbuka puasa
hari ketiga. Syukur alhamdulillah Ramadhan Kareem.
Moga kita semua beroleh keberkatan di bulan puasa
dan dijauhkan dari puasa yang sia-sia. 
Allahumma Amin.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails