click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

Lampin Pakai Buang Jenama Pet-Pet Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap tahun di Kompleks Perbadanan Putrajaya
akan ada satu jualan murah dari The Store sempena sambutan hari raya.
Tahun ni ada pula jual lampin pakai buang dan 
barang-barang bayi yang lain.
Tahun sebelum ni ada juga cuma tak berapa banyak la.
Tahun ni lagi meriah.
Muhammad Darwisy sebelum ni guna lampin pakai buang
jenama Huggies, masa baby dulu guna Pet-Pet.
Tapi dah Pet-Pet murah sangat dekat jualan The Store
tu harus lah Iza membeli.
RM31.90 termasuk GST.



Dapat gaji hari tu terus membeli.
Susu tu tak ada jual di jualan The Store ye.
Iza beli di kedai 99 speed mart.


Muhammad Darwisy masih guna saiz M.
Berat terbaru 8.24kg. Kurang berat sebanyak 400gm.



Beza harga dengan 99 speedmart.
Jadi kena lah jadi pengguna yang bijak kan?
Tengah ada yang murah kita beli lah nak jimat
walau pun RM3 kalau beli dua pek dah jimat RM6 kan?


Ni hah Huggies yang selalu dak kenit guna
dulu RM31.90 tetiba pergi hari tu naik harga pulak
jadi RM33.50. Dah kenapa harga berubah-ubah?
Tak faham sungguh la.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails