click this to be awesome person

Monday, 8 June 2015

[Kebun Kecil Belakang Rumah] Susun Atur Tanaman Dalam Pasu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lagi cerita pasal KKBR ni hah.
Memang rasa serabut sebab punya lah kekangan masa
sampai tak sempat nak tengok tanaman yang dalam pasu ni semua.
Walhal dalam kawasan pagar.
Hujung minggu lepas baru diberi kesempatan menyusun atur
dan membersihkan apa yang patut kat belakang ni hah.




Dah alang-alang my yayang rajin nak mengecat papan dan alas pasu bunga
alang-alang juga kita buat kerja pembersihan dan susun atur semula.
Supaya lebih mudah dan konon terurus.
Cita-cita tak kesampaian lagi ni.
Hajat hati nak cari kayu palette dan mintak my yayang
tukang buat ala-ala para untuk letak pasu.


Buat sementara jadi lah macam ni dulu.
Nampak berseri lah sikit papan penghadang belakang pasu dan
alas pasu tu warna jingga berbanding sebelum ni warna kayu
yang asal. Nampak sangat kotor dan usang.


Hajat hati nak petik je daun-daun yang sedia ada belakang rumah
bila nak masak dah hampir tercapai. Nak masak lemak kerat je
daun kunyit yang tengah subur membesar tu. Banyak pasu Iza tanam.
Dah habis pasu gabus letak ikan pun boleh dijadikan bekas tanaman.


Lepas ni nak masak asam pedas atau laksa petik je kesum tu.
Berbunga riang tengok daun kesum tu nak membiak lepas dipindahkan pasu.
Daun pudina tak pasti kenapa jadi jarang-jarang macam tu.
Daun bawang dah kerat dah hari tu buat cucur udang, daun limau purut 
dah mula nak naik balik daun setelah kena makan ulat aje.



Yang dalam pasu memang letak dalam pagar.
Sebab kebanyakan pokok kecil dan mudah nak urus tak makan ruang sangat.
Yang besar macam pokok serai, pokok pisang, pokok mangga,
pokok bunga kantan, pokok lengkuas, pokok ubi kayu
dan pokok belimbing buluh tanam luar pagar.
Bab luar pagar ni my yayang yang rajin bersihkan,
siram air bagi baja dan macam-macam lagi.
Angan-angan katanya nak buat pangkin jadi tempat lepak.


Hari tu pokok mangga chokanan ni berbunga,
ni dah berbuah dah. Amat berharap buah yang ada mampu
bertahan dan kekal sampai besar. Sebab mak Iza kata
kalau tak tahan dek cuaca tak menentu boleh luruh sendiri 
buah-buah yang masih kecil ni. Lepas ni projek nak tanam
sayur yang boleh dimakan macam kangkung, sawi, kailan, bendi dan
macam-macam lagi. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. hidup subur pokok2 tu sume..berbudi pada tanah, insyaAllah ada hasilnya nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah moga2 terus subur lah hendaknya. klu nak masak pape xde daun kt kedai meh lah dtg umah hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails