click this to be awesome person

Wednesday, 10 June 2015

[Kebun Kecil Belakang Rumah] Rutin Petang Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekarang ni macam dah jadi rutin harian setiap petang pulak,
asal lepas balik kerja je kalau ada masa lagi setengah jam
ke sejam ke mesti nak jenguk KKBR pastu mula lah nak
merumput lah nak menyemai lah nak membaja lah.
Yang paling rajin ialah my yayang. Semangat betul sejak dua menjak ni.
Hehehe. Sampai rumah terus salin "uniform".
Semalam siap bertukang nak buat pagar lagi.
Iza pulak semalam puasa ganti hari terakhir,
sambil bersilat memasak kat dapur tu sambil lah menjenguk ke luar.


Geram dengan daun kunyit yang tengah menjadi ni.
Lebar-lebar daun nya. Subur betul tengok.
Yang pasu lain pun tengah rancak bertunas dan naik daunnya.
Nikmat nya lah ya Allah. Rasa bahagia bila tengok tanaman subur.
Segala puji bagi Allah atas kurniaan ini.


Ada anak baru naik. Lepas ni nak cari gabus yang terbuang tepi-tepi
jalan buat tempat / bekas tanaman dari beli pasu kadang
tak berapa nak besar. Kesian tanaman nak membesar terbantut.


Daun limau purut ni pun dulu merajuk, hidup segan mati tak mahu.
Sedih tengok sebab dah lah daun tak berapa nak rimbun,
kena pulak makan dek ulat dan serangga.
Tapi sejak akhir-akhir ni subur pulak. Naik balik daun-daunnya.
Siram pulak dengan air basuhan beras dan air rendaman lauk basah.
Makin hijau naik nya. Lepas ni nak cuba buat air basuhan/rendaman cili kering
dan kisar bawang putih untuk sembur pada daun supaya serangga
tak makan daun-daun tanaman.
Kalau Iza tengah merumput selalu jumpa ulat bulu la yang
tengah rancak makan daun. Nak biar kesian tanaman,
nak buang kesian ulat tak dapat makan.
Sudahnya amek guna ranting buang kat semak luar pagar.


Ni pulak pokok kesum yang akhirnya menjadi naik tinggi.
Sebelum-sebelum ni mak mertua ada bagi jugak 
tapi bila dah pindahkan ke dalam pasu jadi terbantut
terus mati. Tak pasti sama ada pokok tu merajuk
atau tangan Iza x sesuai. Hehehe. Yang ni beli satu pasu kecik
di Floria baru-baru ni tapi risau jugak nak pindahkan
ke dalam pasu besar. Ikut nasihat orang kalau nak pindahkan
pokok ke pasu lain biar ambil masa seminggu dua, cuaca tengah redup dan
gembur-gemburkan tanah. Syukur menjadi. 
X sabar nak masak laksa. Hehehehe. Asam pedas pun sedap.
Next projek nak cari biji benih sayuran-sayuran yang 
senang nak semai dan jaga macam kangkung,
sawi, terung, bendi, cili dan lain-lain.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. huwarghhh..jeles.. kita masih takde pokok kesum lagi.. tak reti nak tanam.
    so far pokok kunyit start hidup semula sebab sebelum ni kena makan dek ulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, mak mertua ajar cara tanam kesum beli yang kat pasar tu rendam dalam air untuk seminggu sampai kuar akar. then pindahkan ke pasu. cuba la, iza cara tu menjadi cuma bile nak pindah ke pasu besar die merajuk. hehehe.. satu lg tips yang dpt pokok kesum ni nak kena cahaya matahari yg cukup dan tanah kena sentiasa lembab.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails