click this to be awesome person

Wednesday, 24 June 2015

[JOB EVENT] Syukur Alhamdulillah, Rezeki Ramadhan Kareem

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam Iza agak menyepi sedikit dari berblog.
Asal hajat hati nak update tentang entry kematian tetapi semalam
rasa belum ada mood nak update sebab semalam separuh hari berada 
di luar pejabat dari di rumah mayat hingga ke tanah perkuburan.
Akan Iza kongsikan nanti. Insya'Allah.

Sepanjang minggu ni jugak banyak text masuk melalui aplikasi whatsapp
dari nombor yang tidak dikenali. Kebanyakannya memang bertanyakan hal biz.
Syukur alhamdulillah.
Ada yang bertanya tentang pakej candy buffet, photo booth, mesin chocolate fountain, sambal hitam, shaklee supplement, guest book.

Iza cuba layan sebaik mungkin.
Tetapi Iza just nak share satu perkara shj.
Berhemah la di dalam bertanyakan atau meminta rundingan harga.
Bukan apa seperti sedia maklum Iza ni buat biz ni part time sahaja.
Dan bila pelanggan request nak cepat satu hal, nak macam-macam
yang tiada dalam pakej satu hal, nak harga murah lagi pun satu hal.

Jika Iza hadapi dengan situasi macam ni selalu Iza akan
beri peluang pada pelanggan letak harga berapa yang die mampu
terutama pakej candy buffet dan photo booth tapi kalau
dah sampai boleh merugikan Iza dan Iza tak dapat untung apa-apa
memang Iza akan minta pelanggan cari yang lain.
Mungkin bukan rezeki Iza di situ.
Kadang Iza dah bagi harga rendah dari harga dalam pakej.
Kadang juga Iza dah kurangkan tang caj minyak dan tol (pengangkutan)
tapi masih ada yang mengharap Iza caj RM50 je untuk pengangkutan bagi
jarak yang agak jauh luar kawasan. 
Maaf di situ Iza tak boleh nak berkerjasama.
Bukan sombong.
Bukan angkuh.
Bukan menolak rezeki.
Cukup Iza anggap tiada rezeki.

Bersangka baik akan rezeki yang akan datang dari Allah.
Then petang semalam dapat seorang pelanggan yang bagi Iza
cukup mudah berurusan.
Minta harga pakej, tanya tentang pakej kemudian berminat terus 
buat bayaran deposit dan lock date majlis nya.
Pelanggan baik Iza pun senang hati nak "jual" servis 
yang Iza buat dengan lebih baik.
Sebab kita ni kalau boleh nak lah lama dalam biz ni walau tak besar mana.
Pelanggan kena jaga tapi pelanggan juga perlu jaga etika.

Syukur juga selama hampir 2 tahun setengah buat biz ni 
Allah pertemukan dengan pelanggan dan ahli keluarga yang baik-baik
dah macam saudara sangat. Tu yang penting.
Hubungan bukan sekadar pelanggan tetapi lebih kepada bersilaturahim sesama islam.
Wallahua'alam.




Jadi, job event kami yang terdekat buat masa ni adalah pada 25/7/15 hari raya ke 9. Iza ni kalau setiap kali nak event mesti nervous dan tak boleh lelap mata. Hehehe. 
Bukan apa berharap dan berdoa moga
Allah permudahkan dan izinkan majlis berjalan lancar hendaknya.
Bagi yang masih tercari-cari servis 
untuk candy buffet, photo booth, guest book, chocolate fountain machine ke
boleh lah berhubung dengan Iza ya.

Whatsapp
Nurizzah Majif Biz
012 242 6490

atau klik link di bawah untuk lihat koleksi job event kami yang sebelum ini



**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails