click this to be awesome person

Monday, 8 June 2015

[HOMEMADE] Cucur Udang Daun Bawang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sejak dua menjak anak seorang tu nak makan rajin 
pula si ibu masak di dapur. 
Ditambah pula dengan kehijauan daun bawang yang
sungguh menarik pandangan mata di dalam
pasu belakang rumah terus minta
my yayang keratkan untuk campur dalam adunan
cucur udang ni. Asalnya petang sabtu baru ni
my yayang request nak cucur udang untuk minum petang.
Tengok udang kertas dalam peti ais ada
apa lagi terus terjadi cucur udang daun bawang.



Sedap makan masa minum petang.
Nak-nak cuaca mendung baru lepas hujan.
Memang lapar lah jadinya kan?
Dok "berkelah" tiga beranak makan cucur
depan TV. Nikmat nya la Allah beri. Syukur.


Resepi Cucur Udang Daun Bawang

Tepung gandum
Telur sebiji
Air masak 
Udang kertas
Daun bawang 
Bawang besar (dihiris)
Garam / bahan perasa

Cara-cara

Campurkan semua sehingga adunan sebati
dan tidak terlalu lembik / keras.
Sedia untuk dijemputkan untuk digoreng di dalam kuali.
Pastikan minyak atas kuali panas terlebih dahulu ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails