click this to be awesome person

Tuesday, 9 June 2015

[HOMEMADE] Bebola Udang Beroti Extra Pedas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Menu dinner semalam.
Wah kelas makan malam makan bebola udang beroti je,
kenyang ke? Okey lah tu menu ringkas
nak menjelang bulan puasa ni kena lah
mengecilkan skala pemakanan supaya perut tak terkejut ye.

Bahan-bahan :

Roti gardenia 2 keping (dicarik kecil)
Segenggam udang kertas (ditumbuk lumat dalam lesung batu)
Telur ayam sebiji
Cili padi 2 tangkai (dihiris nipis)
Daun sup & daun bawang (dihiris nipis)
Garam / bahan perasa secukupnya


Cara-cara :

Pecahkan telur ayam tadi kemudian gaul semua bahan sehingga mesra.
Taburkan garam / bahan perasa secukup rasa.
Gumpalkan / kepalkan menjadi bebola ikut 
saiz yang korang suka. 



Goreng dalam minyak yang panas,
jangan lama sangat sebab nanti hangus lak.
Sebab cepat garing.
Angkat, tos dan hidangkan untuk keluarga.
Semalam Iza buat dapat dalam 12 bebola.
Nak pedas lagi campak serbuk lada hitam.
Memang extra pedas lah. Makan sahaja pun boleh,
makan cicah dengan sos cili thai pun lagi sedap.
Tahan tak tahan je lidah korang nak tahan pedas.
Menu ni dah berabad lama tak buat semalam tetiba 
datang kerajinan maka ini lah hasilnya.
Oh lupa, isi udang tu boleh ganti dengan isi ikan atau ayam.
Sesuaikan lah ikut citarasa korang ye.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^





6 comments:

  1. br je lepas menerai...sedap amat! marvelous...

    p/s:masih x dapat update blog lg..laptop problem..gambar semua dlm tu.... (nangis)...sabar ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy! tq sudi try. hehe. ala cepatlah elok lappy u tu hendaknya..lama x berupdate blog u. huhu

      Delete
  2. nampak sedap dan simple. nak shre resipi yer..
    nnt boleh try buat plal ^_^*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila kak.
      nnt dah buat update ye. hehehe.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails