click this to be awesome person

Thursday, 4 June 2015

Floria Diraja 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita minggu lepas yang baru terhegeh-hegeh nak up dalam blog ni.
Okey rasa semua dah sedia maklum yang acara Floria ni 
merupakan acara tahunan di Putrajaya yang selalu
berlangsung pada hujung bulan Mei hingga ke awal Jun.
Kalau tak silap tahun 2015 ni merupakan penganjuran Floria
kali ke-7. Dah alang-alang mak Iza, dan si kembar duduk rumah
Iza seminggu harus bawak diorang semua terjah Floria Diraja 2015 
ni pada hari pertamanya berlangsung.
Bermula dari 30 Mei - 7 Jun 2015.
Kalau dulu masuk adalah PERCUMA sekarang
bayaran masuk untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM1.
Tambahan RM3 untuk masuk taman salji.


Kita selfie dulu ramai-ramai dalam kereta.
Dak kenit sorang ni ntah kenapa blur ntah.
Ibu rasa anak ibu ni ngantuk ni.


Kaka kembar dah besar dah.
Tak lama lagi dah anak dara. Huhu.
Tengok dak kenit sorang tu bukan nak pandang kamera.
Sah ngantuk sangat mata pun dah kuyu.


Ibu tak mengalah
sampai lah awak pandang kamera baru ibu puas hati. 



Comel muka blur awak ni sayang.



Dah, ni last selfie dalam kereta.
Dak kenit ni pipi makin hari makin kembung.
Duduk dengan nenek sihat aje alhamdulillah.
Ibu dah serba salah nak hantar kamu ke taska.


Sampai ke tapak Floria memang kereta penuh jangan cakap lah.
Menapak boleh tahan jauh tapi sebab niat nak bawak
semua berjalan Iza gagahkan jua.
Ni sementara tunggu my yayang pergi dapatkan tiket.
Untuk staff Ppj dapat tiket free secara online.
My yayang lupa nak print pulak.
Menunggu lah sekejap. 



Tengok keadaan orang ramai bersesak nak beli tiket pun Iza
rasa mual nak muntah. Dah macam ada sale, dah macam nak beli 
tiket tengok bola pun ada. Panjang nya melampau.
Nasib lah my yayang ada tiket free kalau nak beratur beli
memang lama ajak balik dah.


Nampak tak kebosanan dak kenit ni?
Dah lah bosan, ngantuk pun sama.
Serba tak kena lah duduk dalam stroller tu.


Nah tengok orang ramai beratur nak beli tiket.
Ni dah dekat petang dah ni.


Dah masuk dalam tapak Floria, 
siap-siap bagi tahu mak dan si kembar kalau nak ke tandas
baik pegi awal-awal nanti dah berjalan jauh payah pulak nak patah balik.
Dak kenit dah tido keletihan.
Ibu nak juga selfie. Sian.



Tersedar dari tido ternampak pulak
belon merata-rata. Bukan main menunjuk nak.
Abah awak memang tak layan la.



Bergambar kenangan dengan mak dan kembar.


.

Kakak - Nur Qadirah


Adik - Nur Qadisah


Dak kenit - Muhammad Darwisy


Sayang sangat dak kenit ni dengan kakak kembar die.
Kakak kembar pun sama, sayang sangat kat budak hitam manis ni.
Hehehe. Marah kalau Iza panggil dak kenit budak hitam.
Siap cakap, tak baik lah Mak Lang ni cakap Muhammad Darwisy
budak hitam. Die kan comel. T_T Mak Lang kena tazkirah.


Okey lah, ni ibu dengan budak comel.
Comel sangat.


Besar gini memang suka bergambar sambil berposing.
Mak Lang layan kan aje.



Kalau korang pergi malam bawak lah kamera DSLR ke
kamera yang canggih supaya dapat kualiti gambar yang cantik.
Macam hp Iza ni sesuai amek gambar tempat terang / siang aje.
Iza geram je ngan deko kayu-kayu palette kat belakang tu.
Rasa nak bawak balik rumah.



Dah x ada keje dak kenit sorang ni.
Gigi ibu jugak yang die nak main.
Ibu dok senyum nak ajak selfie die pegi usik gigi. T_T



Ni masuk dalam khemah yang ada air cond tu.
Banyak gila bunga cantik yang segar.
Rasa nak bawak balik je letak kat rumah buat deko-deko.



Tu beli kan mak bunga ros.
Hehehe.
Kiteorang masuk dalam khemah besar tu,
mak Iza n kembar duduk kat luar tengok artis kebudayaan menari
buat persembahan. Lepas tu Iza ambil kesempatan join kuiz yang
dianjurkan oleh Ppj. Ada 10 soalan semua berkaitan Floria.
Semangat jawab bagai nak rak tapi asyik salah dan
lambat jawab. Ada jugak rezeki dapat jawab soalan kuiz
dan dapat hadiah. Hehehe. Dapat lah bekas container Ikea yang 15 beradik
yang lid warna hijau tu. Hehehehe.


Cantiknya lah hai anjung ni.
Rasa macam ala-ala resort pun ada.



Iza x faham kufi khat ni tulis apa.
Ada sesiapa boleh tlg terjemahkan?
Ke perkataan Floria?
Tak nampak sgt. 





Kalau tahun lepas bahagian atas ni dihiasi dengan payung berwarna-warni.
Tahun ni lebih kepada fabrik pulak.
Ni link entry Floria 2014.




Dak kenit dah lena tido dah.
Tak kisah dah bising ke panas ke.
Penat sangat dah ni.


My yayang dan "abang api".
Siap cakap kalau nak bergambar dengan die
kena buat muka ganas.


Mr. Husband & Mrs. Wifey.
Insya'Allah bulan 10 ni genap 6 tahun usia
pernikahan kami. 



Geram sangat dengan bunga ni.
Orang kata ni bunga kembang 10 pagi.
Ntah tak tahu lah Iza sebab banyak juga nama bunga ni.
Ada jugak tanam dekat laman rumah tapi tak berapa nak jadi.
Nak kena banyak tanya dalam group KBJTS la.
Pokok bunga RJ (Rose Jepun) pun ada kat rumah
tapi x berapa nak menjadi. Balik tu kami singgah di jambatan berdekatan 
PICC sebab nak tengok bot-bot berhias lalu di tasik.
Si kembar lah bukan main teruja sangat tengok.
Oh, Iza ada lah sempat beli pokok kesum, 
pokok pudina, pokok limau kasturi dan pokok belimbing buluh
di Floria. Murah jugak. Semuanya dapat RM30.
Kena pandai pilih dan pandai tawar-menawar dengan penjual.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails