click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

[Entry 4] Balik Kampung Kurau Stone, Taiping Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ni entry terakhir sambungan dari entry di bawah

Hari Ahad tu kami plan nak berbuka puasa di Ipoh sahaja,
jadi pagi-pagi tu MIL ajak ke kubur bersihkan kawasan kubur arwah FIL.
Pejam celik dah hampir 2 tahun arwah abah meniggalkan
kami semua. Selang setahun beza dengan arwah ayah Iza.
Arwah ayah Iza tahun ni masuk tahun ketiga.
Sekejap aje masa berlalu.
Kubur di sini agak sunyi sedikit maklum la kawasan kampung.
Kemudian agak semak sebab majoriti pokok-pokok
yang ada di kawasan kubur ni dah membesar dan merimbun sangat.
Kubur arwah FIL x masuk ke dalam cuma di tepi jalan sahaja 
senang nak park, tapi akan datang wallahualam sebab 
akan bertambah bilangan penghuni kubur di Changkat Semambu ni.


Umur arwah abah masa meninggal dulu 
56 tahun. Arwah ayah Iza pulak meninggal masa 
umur 57 tahun. Kedua-dua arwah tak sempat pencen dari kerja
masing-masing. Janji Allah itu pasti. Tiada siapa dapat lari.


MIL sedang bersihkan kawasan kubur arwah FIL.
Kebanyakan semak sudah diracun.
Tak pasti ahli kariah sini akan gotong royong bersihkan ke tidak.
Tapi kami sebagai waris memang wajib lah bersihkan.
Mudah nanti pagi raya selepas solat raya datang ziarah.
Tak lah semak samun dan x selesa kan?


Selesai berishkan kubur dan sedekah kah beberapa bacaan 
surah lazim juga yasin. Kami bergerak untuk bersihkan kubur
arwah Tok Teh dan Tok Saad pula.
Di kawasan yang sama cuma perlu berjalan ke depan pintu masuk
kawasan tanah perkuburan.

Then teman MIL balik rumah kejap sebab ada
orang datang nak bincang pasal kerja-kerja baik pulih paip
kat rumah. Tinggalkan my yayang untuk bersihkan dulu apa yang patut.


Dak kenit tak ikut takut nanti x selesa.
Memang keluar senyap-senyap pagi tu.
Balik tengok dia tengah khusyuk tengok TV
sambil makan biskut.
Mujur lah dak kenit tak ikut ibu kalau tak dah kena
tungau macam ibu habis gatal-gatal satu badan. T_T


Sibuk nak keluar nampak ibu balik.
Ibu nak pergi kubur balik lah sayang.
Tak boleh pegang awak sebab ibu kotor baru lepas
bersihkan semak-semak kat kubur.


Tuh budak tu tengah tolong ayah dia alihkan batu-batu kecil
untuk korek baik pulih paip. Dak kenit tak mandi lagi.
Busyuk masam, minta Ummi Ngah mandikan.
Selesai MIL bincang ngan orang buat keje tu terus kami
gerak balik ke kawasan kubur. 
Tengok my yayang dah hampir siap bersihkan kawasan kubur 
Tok Teh dan Tok Saad.



Kubur arwah Tok Saad. Bapa kepada MIL.



Kubur arwah Tok Teh. Mak kepada MIL.


Dah bersih dah.
Kena lah luangkan masa bersihkan kubur
ahli keluarga kita.
Esok-esok tak ada sape yang bersihkan kubur kita pula.
Sedih lah hai bila nampak kubur terbiar bersemak semua.
Niat hati nak je tlg bersihkan tapi x mampu.
Bersihkan tiga kubur pun dah cungap.
Belah Iza belum lagi.
Minggu ni giliran berbuka puasa keluarga sebelah Iza pula.


Dak kenit ni sekarang pun pandai berlakon.
Minum air banyak-banyak pastu buat bunyi puas "ahhhhhh".
Panjang pulak tu.
Dah lah ibu ngan abah baru habis penat bersihkan kubur
tengah panas pulak tu.
Dia boleh buat drama pulak.
Pastu bagi kita minum.
Kalau x kuat iman dah sedut dah air tu walau air masak.
Dak kenit ni suka minum air masak.



Sedapnya menyedut.
Ibu ngan abah tengok je.
Perhati je perangai awak tu sayang.
Bijak sungguh.
Pastu dok buat perangai buang barang dalam rumah
Mak Tok ke luar ikut tingkap.
Rumah kampung kan tingkap rendah kalau rumah atas
yang papan tu. Suka lah die main buang je pastu gelak. T_T


Tidur keletihan selepas puas bermain
dan berlari ke sana ke mari.


Sebelum kami balik ke Ipoh, 
pergi lagi ke Kampung Sempeneh sebab nak borong petai.
Ramai betul peminat petai order.
Sekali hamek dua ikat terus adalah dalam 200 keping.
Haih, seronok dok kampung ni.


Tengok orang masih lagi setia menunggu 
ketibaan durian dari dusun.
Ni baru sikit je ni.
Sampai sesak lah jalan susah nak keluar.
Cadangnya kami nak pergi dalam lagi untuk beli
kerepek pisang nangka buat stok raya tapi dah jalan sesak
tak jadi kami patah balik.




Sekali orang datang penuh sebakul orang beli.
Memang hantu durian semuanya.
Nasib lah Iza tak heran.


Singgah jap kedai botak ni.
Macam-macam jual 24 jam.
Kedai melayu ni. My yayang ada hati nak beli
panjut buluh kat situ tapi takut tak muat kereta
sebab kami kan car pool.
Kang sarat marat kereta dengan barang pulak.
Segala macam nak bawak balik rumah. T_T
Kami sampai umah Sepang lebih kurang jam 2.00 pagi.
Jalan boleh tahan sesak banyak kereta 
ditambah dengan construction jalan lagi.
Redha la, tu balik rumah gatal-gatal makin menjadi-jadi.
Ke klinik la jumpa doktor dan beroleh MC.
Krim sapu tu pulak makin sapu makin gatal merenyam.
Berjoget Iza sorang-sorang tahan gatal.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails