click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

[Entry 3] Balik Kampung Kurau Stone, Taiping Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry ni sambungan dari entry di bawah

Petang tu balik dari rendam kaki kat sungai Sempeneh
lalu la lagi kat pusat belian dan jualan durian ni.
Tapi yang ni kat Kampung Sempeneh.
Yang Pak Yas tu Kampung Perak.
So dua tempat yang berbeza.
Lagi banyak durian turun.
Kami hanya tanya dari dalam kereta je harga nya.
Tapi belum dapat keputusan harga katanya. Hehe.
Mungkin tengah mengira jumlah biji durian.



Sudahnya kami borong petai ada 100 keping ni hah.
Mak Iza kirim mulanya, pastu upload kat geng whatsapp
banyak group dah banyak order pulak.
Besar-besar mata petainya.
Cik Non kata petai mata kerbau.
Kalau petai padi kecil dan selalu banyak ulat.



My yayang tunjuk buat durian yang jarang jumpa.
Buah durian labu. Hehehe.
Baru Iza tahu durian pun banyak jenis.
Maaf kan lah saya ye.


Tak bulat tapi lonjong.
My yayang kata mesti isi sedap ni.
Again, saya tak makan durian.


Sebahagian durian yang dikumpul dan diletakkan
di atas bangsal belakang rumah.



Selfie kejap ngan dak kenit
tapi macam biasa muka bosan.



Kat depan laman rumah pokok
langsat ada buah. Terus MIL suruh kami amek.
Wan lah kena panjat amek tapi kena
serang dengan semut hitam.
Manis sangat buah ni sampai semut kerumun.
Iza bab semut ni allergy terus lari sebab geli
meremang bulu roma.


Petang tu siap masak juadah berbuka puasa.
Lauk kampung. Pergh!
MIL masak udang masak tempoyak,
sambal tumis ikan bilis dan petai, ikan goreng.
Iza goreng sayur campur dan tempe aje.
Kerabu dan kuih buah melaka Tok Lang bagi.
Tok Lang ni mak sedara kepada MIL (belah suami).
Duduk sebelah rumah kampung MIL.
Panjang umur Tok Lang tu masih kuat kudrat nya.
Selalu berkat usia panjang ajar orang mengaji.


Beli air kat bazar sampai 4 jenis.
Sorang satu air, gila ke apa? Hahaha.
Ni air beratur namanya.
Cendol, Kelapa Lemon, Oren Asam Boi dan Tembikai.
Iza harus lah minum air tembikai.
Belum campur air panas teh o lagi yang dibuat.
Mujur habis semuanya. Tak membazir.



Keje Wan campur isi durian dalam cendol.
Memang suami Adik ni geng ngan my yayang.
Hantu durian, hantu cendol dan sebagainya.
Elok lah korang membesarkan badan dengan jayanya. Haha.


Muhammad Aniq Amsyar,
lena tido sedap kena angin.
Malam tu berkuap rasa rumah bahang, terus
buka tingkap dan pasang ubat nyamuk takut
dak debab dan dak kenit kena serang nyamuk.



Isi buah durian labu.
My yayang paksa makan.
Iza rasa sket, rasa nya pahit-pahit.
Hahaha. Diorang kata pahit tu sedap nikmat.
Iza??? Sorry bukan kegemaran lah.
Iza nak manggis jugak.


Malam tu pesta durian lah anak beranak.
Yang kelakar nya Muhammad Darwisy pun x nak makan durian.
Pe kes? Kena marah dengan my yayang.
Katanya ikut perangai ibu.
Bila tenyeh kat mulut dia kelam kabut dia lap
dan tonyoh kat bantal.
Kena paksa suap, menangis.
Siap tutup hidung busuk.
Hahahahahaha. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.


Selfie time.
Macam biasa malas layan ibu. T_T


Petai mata kerbau.
Kenyang kalau makan buat lauk.


Malam tu siap kira petai asingkan
kepingan-kepingan nak agih order yang masuk.
Alhamdulillah rezeki ramadhan dikongsi bersama.
Kami amek duit modal aje.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails