click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

[Entry 2] Balik Kampung Kurau Stone, Taiping Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sambungan entry di bawah ni

 Esok pagi tu lepas sahur cadang tak nak tido tapi
terlelap juga. Hahaha. Sejuk kot cuaca kat kampung pagi-pagi.
Tarik selimut la.
Sedar-sedar kul 7.30 pagi.
Tengok MIL dah bangun mula nak pergi kebun kat belakang rumah.
Katanya nak kutip buah durian dan kait rambutan.
Harus lah Iza kejut my yayang suruh ikut.
Iza nak ikut takut dak kenit ni bangun kang
payah pulak mencari tak memasal Ibu Acu dengan Ummi Ngah
kena pujuk dia. Dah lah kalau nangis mengamuk luar biasa.


Dak kenit bangun je terus ajak pergi belakang rumah.
Terjumpa buah durian kenit jugak baru luruh.
Hahahahaha.
Terus amek nak tunjuk kat dak kenit tapi die
macam geli ngan takut tengok benda ada duri macam tu.


Tengok muka dia.
Bersungguh nak elak dari kena durian tu.
Abah pulak suka menyakat anak.
Sian anak ibu kena sakat.
Terus dak kenit jadi lembik tak nak jalan
dok mendakap je kat ibu macam anak kangaroo.


Lagi buah durian baru luruh.
Risau jugak luruh kena kepala.
Hahaha.
Orang bandar sungguh kata MIL.
Tapi seronok dengar gedebak gedebuk buah 
durian jatuh ke tanah.
Mula la berlari nak tengok. Kesian jakun.


Bau yang paling Iza suka kalau kat kampung.
Asap dari bakaran daun-daun kering.
Sungguh tenang pagi-pagi bangun tengok sekeliling hijau,
bau asap daun kering, kalau tak puasa ni
mau dah buat cekodok ke nasi goreng ke sarapan kat bangsal
belakang rumah. Mujur puasa.


Buah rambutan dan pulasan.
Tak banyak sangat dapat sebab MIL kata raya nanti
baru masak Insya'Allah.
Sekarang musin durian je.
Iza mencari buah manggis sebenarnya.
Favorite local fruit, mangosteen.


Buah durian yang sudah dikutip dan 
dikumpul kan oleh pak cik Non.
Saudara MIL yang memang banyak membantu MIL
urusan di kampung ni.
Maklumlah rumah bertandang kan.
Kena lah harap jiran-jiran atau saudara mara terdekat
dengan rumah untuk tengok rumah kita ke kebun ke.


Dak kenit dan dak debab tengah fokus tengok TV.
Bukan main masing-masing hati senang.
Diorang ni sepupu.
Muhammad Darwisy awal tahun 2014,
Muhammad Aniq Amsyar pulak hujung tahun 2014.
Tapi badan Aniq lagi debab dari dak kenit.



Korang rasa tengah puasa kupas durian rasa apa?
Rasa nak makan?
Bagi Iza x la, sebab buka penggemar durian juga tak makan
durian mentah. Macam mana tu? Rugi besar lah kan
sebab kebun MIL banyak durian.
Tak pela, Iza kalau buat bubur ke pengat ke makan lah.
Ni kami proses buah durian yang dah pecah
untuk dijadikan tempoyak.
Dengan yang elok simpan dalam bekas.
Masuk dalam peti sejuk tahan lama.


Kedua-dua adik ipar Iza tengah proses 
durian nak jadikan tempoyak.
Iza mula rasa mual nak muntah bau durian ni memang
pekat gila lah tapi tahan kan aje.
Dulu pening juga terus masuk rumah melepek sapu
minyak angin kat kepala.
Sekarang beransur baik sikit lah kot.
Tak lah teruk sangat.


Biji durian tu my yayang siap nak basuh bersih 
nak bawak balik umah Sepang konon nak tanam.
Idok le teman nak bawak balik samua tu.
Bawak sikit aje udah le ye yeob.



Adik-adik ipar buat kerja,
kak ipar dengan abang jadi pemerhati boleh?
Hahahaha. 

Petang tu saja ajak my yayang berjalan ke kampung sebelah.
Nak tengok lah suasana kampung kan.
Tempat dituju Kampung Perak dan Kampung Sempeneh.
Dengar cerita ada pesta durian.
Sampai katanya dalam FB sebakul RM20.
Betul ke?


Ni hah, dah siap longgok dah.
Bukan main ramai orang memang macam pesta lah katanya.
Baru turun dari pokok katanya.
Kebanyakan longgoka tu dah bertuan.
Harga memang tak pasti.
Tapi bukan RM20 sebakul ye. 
Sian ke Pak Yas ni kena menjawab bila 
ada orang luar datang tanya mana yang harga RM20 sebakul?
Walhal bukan dia yang masukkan dalam FB pun.
Tu katanya gambar tahun lepas yang dalam bakul rotan.
Tahun ni mana ada bakul rotan.
Tak baik tau buat fitnah. Aniaya orang.


Kat sini memang jadi tempat pengumpulan
durian yang baru luruh.
Lori akan datang hantar.
Memang sibuk la jalan dalam ni.
Sesak macam kat bazar ramadhan.


Tu dia Pak Yas.
My yayang saja nak tanya berapa harga selonggok
tapi tengok sibuk sangat Pak Yas ni terus my yayang diam kan aje.
Amek gambar je la katanya.


Durian kampung memang lagi sedap 
orang kata dari durian kacukan siam semua.
Hehehe. Iza x berani nak komen sebab x makan pun durian mentah.


Kami lajak pulak ke Kampung Sempeneh 
nak rendam kaki kat sungai.
Mesti sejuk punya.
Bawak dak kenit masa tu tengah tido dalam kereta.
Sedap kena angin kampung.



Ibu terus kejutkan dak kenit.
Lap sket muka die dengan air sungai terus segar.
Rendam kaki kat air sungai terus terkejut sebab sejuk.




Abah telah membuli anak ibu.
Siannya menggigil tahan sejuk.
Ibu tak sampai hati tapi abah kata nak ajar
cara kampung sket. T_T





Nangis minta simpati.
Ibu yang tak sampai hati.
Tapi kena kuatkan hati.
Hajat hati ibu nak Muhammad Darwisy
pandai berenang dan tak takut air.
Jangan jadi macam ibu takut air dan
tak pandai berenang.


Siap tarik kaki abah nak berpaut takut jatuh.
Dah la, jom lah kita balik nak siapkan juadah berbuka puasa.
Terus segar jadinya dak kenit ni.
Balik rumah melalak dekat setengah jam sebab
tak cukup tido. Dah ibu gatal kacau die tido
ajak mandi sungai.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails