click this to be awesome person

Tuesday, 30 June 2015

[Entry 1] Balik Kampung Kurau Stone, Taiping Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas balik kampung MIL di Kurau Stone, Taiping Perak.
Hati melonjak riang macam dah nak raya pulak.
Iza suka suasana kampung.
Aman, damai, tenang dan tak serabut.
Kami balik satu kereta aje car pool dengan adik my yayang.
Plan nak berkumpul ramai-ramai berbuka puasa sama
di kampung sebab raya nanti tak semua ada.
Maklumlah adik-adik ipar dan biras kerja syif.
Iza je keje normal hours.
Tapi tu pun x cukup korum sebab biras sorang lagi tak de.
Amin, suami SIL Iza yang Ina tu x ada sebab 
silap apply cuti. Alahai.


Dalam kereta,
Muhammad Darwisy sekarang ni kalau ajak selfie
suka buat muka kekwat. Ntah nape ntah.
Ibu bersungguh sengih sorang-sorang.


No wonder lah nak tido rupanya.
Terus lena kena air cond kereta.
Makin terasa pangku dak kenit ni.
Lenguh dan kebas tangan ibu dibuatnya.

Kami sampai Ipoh lebih kurang jam 7.00 malam.
Berbuka kat Ipoh dulu sebelum gerak balik Batu Kurau.
Kalau tak plan nak terus shoot Batu Kurau
tapi MIL kata takut terkejar-kejar jadi singgah Ipoh
buka kat umah MIL dulu baru gerak konvoi dua kereta.

Sampai di pekan Taiping kami makan
pulak di yong tau fu famous kat belakang bomba Taiping tu.
Memang wajib balik Kurau Stone singgah situ
pekena yong tau fu dan ais kacang.
Sedap bukan main bak hang.
Dah masuk loghat utara naa, sebab Batu Kurau 
Taiping guna loghat utara. 
Terus tukar loghat. Hahaha.

Masa dalam perjalanan nak ke Kurau Stone
dak kenit tido dalam kereta.
Penat sangat berjalan jauh kata kan.
Sampai kampung terus Iza kejutkan sebab 
saja nak bagi dia kenal kampung.
Ibu die memang teruja lebih macam
tak ada pagi esok nak kejut anak tunjuk kampung.


Hah, tengok muka gembira tak hengat.
Dapat pulak tangga.
Memang naik turun tangga la kejenya.
Menyesal pulak ibu kejut awak.
Mak Tok pening kepala sebab takut
dak kenit ni jatuh tangga je.



Eh, gaya macam dah besar sangat tuh.
Dok gedik atas tangga tunjuk kat Aniq.
Tunggu lah Aniq dapat kaki esok makin kecoh lah rumah Mak Tok ni.
Malam tu tido lambat sket sebab nya rasa segar pulak
bila sampai kampung ni.
My yayang dengan biras Iza si Wan tu dah 
pakat pulun durian yang dah luruh.
Pak cik Non tolong kutip letak kat bangsal belakang rumah.
Seronok lah diorang.
Iza yang pening bau durian.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails