click this to be awesome person

Monday, 8 June 2015

[DIY] Skrub Serbuk Kopi & Madu Umpama SPA Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama dah nak share dan up post ni dalam blog tetapi
ada je kekangan masa, lupa snap gambar lah apa lah.
Ni weekend baru-baru ni Iza berkesempatan DIY skrub kopi + madu ni
secara kuantiti yang besar dan simpan siap-siap dalam bekas.
Nak guna ambil je tanpa perlu bancuh lagi.
Jimat kos, tenaga dan masa.
Hasilnya memang lumayan sebab?
Korang baca sampai habis dulu tau.

Bahan-bahan yang diperlukan sangat murah!
Hanya

SERBUK KOPI (yang pasti HALAL)

dah juga

MADU (yang pasti ASLI)


Cara-cara buat pun amat lah mudah semudah ABC dan 123 gitu.
Kalau korang kurang pasti sukatan boleh je buat kaedah nisbah yang sama.
Contoh 5 sudu serbuk kopi dan 5 sudu madu.
Pastikan guna sudu plastik bukan yang logam / besi ye.
Macam Iza x ikut pun sukatan nisbah, ikut suka nak banyak mana.


Memang saja buat banyak sebab nak simpan dalam bekas terus.
Iza guna hari-hari setakat ni xde pulak masalah.
Sebaliknya rasa segar dan mulus je kulit.
Bukan untuk kulit muka sahaja ye, untuk seluruh badan.
Terutama sekali bahagian kaki dan tapak kaki.
Sental sehabis baik, rasa seronok je boleh guna banyak
sebab kos yang murah. Kalau skrub yang beli di kedai
mesti kita berdikit-dikit nak guna sebab mahal kan?
Ada yang sampai berpuluh ringgit kadang tak munasabah pun
harganya. Kandungan dalam tu pun kita tak pasti halal
ke tidak, kimia ke tidak.




Dah sebati jadi macam dalam gambar di atas.
Kalau rasa likat sangat tambah je madu lagi.
Dan siap untuk digunakan pada bila-bila masa.
Memang lepas dah ber-skrub tu lepas cuci rasa
mulus sangat kulit muka dan badan.
Bau pun wangi bau kopi dan madu. Terus suami sayang. Hehehe.
Tak lah sebelum ni suami tak sayang, alahai.
Jangan cepat melatah ye semua.


Dapat lah satu bekas macam dalam gambar ni.
Dah guna tiga hari pun masih banyak lagi.
Iza tak guna dah pencuci muka biasa yang selalu guna.
Nekad nak guna yang ni je setiap hari setiap masa.
Lepas ni nak cuba pula resepi buat krim muka secara
alam semulajadi sendiri.

Khasiat yang korang dapat dari skrub kopi dan madu ni adalah seperti

Menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit

Membekal nutrisi pada kulit

Mencegah bau badan

Membekal kelembapan pada kulit

Memudarkan bekas jerawat atau noda hitam 

dan banyak lagi lah khasiatnya. Cuba korang rajin-rajin kan 
jari jemari tu Google aje khasiatnya.
Setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini.
Banyak entry nak update ni.
Dok simpan lama-lama dalam draft je rasa semak pulak.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails