click this to be awesome person

Monday, 22 June 2015

[DEKORASI] Kembali Ke Susun Atur Asal Perabot Di Ruang Tamu Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ni sebenarnya sambungan dari kerja-kerja bertukang
tapi saja nak bagi entry jadi banyak so Iza asingkan.
Hahaha. Lagi pun senang nanti nak cari link entry.
Sebelum ni dah banyak beralih dah kedudukan
perabot kat dalam rumah Iza tu.
My yayang pun kadang dah lali, keluar pergi kerja
kedudukan lain balik kerja tengok dah lain pulak.
Mak Iza pun sama asal datang minggu tu ada je
kedudukan yang berubah. Hahahaha. Dah faham perangai anaknya.



Kembali ke kedudukan asal masa mula-mula masuk rumah dulu.
Meja makan dekat dengan dapur,
kedudukan sofa berbentuk L.
Ada la tambahan sedikit wall shelving dan juga rak buku tu dialihkan.
Kang kalau rasa bosan dan semak Iza alih balik. Hihihi.
Rak buku tu dah 4 kali alih korang tahu?
Siapa yang perasan tu, perasan lah ye. 


Close up sikit.
Bila buat macam ni nampak la terpisah ruang makan dan ruang
untuk bersantai di sofa. Ruang TV memang dah
sedia ada terpisah dah so biar kan je.
Akan ditambah baik juga nanti tu.


Ni tak tahu nak panggil ruang apa,
hihi tapi kami anak beranak suka tido dekat ruang ni.
Tak kisah lah kedudukan perabot berubah pun akan hampar
toto kat sini dah bersantai di sini sebab angin
kipas ni terasa laju. Kipas kat TV hall tu alahai.
Segan-segan je nak pusing walau dah pasang volume tinggi.
Ada masalah kot. Sebab kipas kat bilik tetamu belakang
dengan dapur sama brand laju je. Pelik bin ajaib.


Close up ruang makan yang telah berubah wajah.
Ada la seri sedikir berbanding sebelum ni.
Haishhh tak sabar nak pasang wall paper ni.



Close up lagi.
Rasa-rasa hiasan atas wall shelving tu pun bakal berubah.
Ikut mood dan kerajinan Iza lah nanti.
My yayang kata, suka hati lah sayang
asal bahagia dan rumah kemas cantik jangan terbalik rumah dah. Hahaha

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

6 comments:

  1. comel dan kemas.... suka2..
    rumah saya kat dinding masih putih bersih takde hiasan.
    belum start lagi mendeko dinding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear. hehe. jom berdeko. nanti jangan lupa update. seronok awk pandai menjahit, klu Iza reti jahit alangkah bahagianya hehehe

      Delete
  2. wallpapaer kat meja tu cantikkkk sama dengan wallpaper bilik adik sue

    su bl pokok kebetulan kedai tu dekat dgn rumah mak ..hihi.smlm blik rumah mak kt cheras

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. WP kat meja tu menggantikan alas meja, ada anak kecik kejenya asyik nak tarik je, risau kang habis jatuh sume atas meja buat lah gitu. ooo, boleh g tengok gak ni. sbb nak letak pokok betul dalam rumah risau pulak risiko nya kt budak kecik. TQ ye share.

      Delete
  3. cantik kombinasi warna wall tu.. asben saya suka lah kalau hijau2 tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. otai blog menyinggah. hehehe. TQ sis. hijau sememangnya menenangkan mata dan jiwa. hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails