click this to be awesome person

Wednesday, 3 June 2015

Biji Benih Buah Markisa / Passion Fruit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semua sihat ke? Moga semua yang sedang membaca entry ni sihat-sihat
sejahtera dan di bawah lindungan yang maha esa. Amin.
Lunch tadi Iza lunch di laman selera perdana berdekatan opis je pun.
Order lah air jus buah markisa sebab memang minat dengan
jus ni pun tapi jarang dapat yang fresh atau kordial.
Selalu beli mesti yang dalam kotak.
Pertama kali jugak order air buah markisa dapat sekali
dengan biji-biji buah tu. Mula-mula rasa macam geli je nak minum
sebab terbayang macam biji selasih yang kalau masuk kat tekak
rasa macam anak berudu je berenang dalam tekak. Haha.

Terus macam terlintas dalam kotak fikiran,
macam bagus juga kumpul biji benih ni bawak balik rumah
nanti boleh tanam. Masa tu jugak terlintas boleh tanam terus 
dalam tanah / poly bag ke atau kena semai pada kapas ke?
Balik opis terus snap gambar untuk post dalam group
FB KBJTS (Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri) untuk tanya
cara nak semai benih. Alhamdulillah ada je yang orang yang berilmu
sudi share pengetahuan mereka. 




Balik rumah ni nak kena pindahkan biji benih semua ke
kapas basah lah. Tak sabar pulak rasanya sebab mengikut mereka yang 
berpengalaman macam dalam group KBJTS tu dalam masa seminggu
dah bertunas/berakar dah biji benih ni.
Berbunga riang rasa. Terus rasa hobi macam makcik-makcik gitu.
Hah, lantak kan aje. Janji Iza bahagia. 


Nah, gambar selingan dengan pokok buah markisa yang dah matang.
Dah berbuah dengan lebatnya. Hebat kan? Baru je semai biji benih
guna tisu basah kat opis dah terus jadi cenggini. Nampak sangat menipu.
Ngeh. Ngeh. Ngeh. Ni kat rumah pak cik my yayang di Kayangan, Shah Alam.
Memang rumah Uncle Ramli ni dikelilingi oleh bermacam 
jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan.
Rasa macam resort pun ada. Seronok kalau
bangun pagi keluar rumah tengok pokok hijau segar mata.


Bagi lah laluan sikit Iza nak posing di situ ye.
Dapat maklumat pokok markisa ni boleh ditanam di dalam pasu
tetapi nanti tak berapa subur dan buahnya pun x begitu 
lebat. Nampaknya kena minta my yayang buatkan batas dan
naikkan beberapa batang kayu macam dalam gambar ni la.
Terus tak payah buat awning dah ada atap asli alam semula jadi gitu.
Buah markisa ni bagus tau sebab kaya dengan beta karotina, pottasium dan 
serabut diet kalau Iza x silap. Boleh google sendiri kalau nak info lanjut.


Alahai, geramnya tengok pokok markisa yang rimbun
kat rumah Uncle Ramli ni.
Lebat sangat lah. Takpe, balik rumah ni semai benih-benih yang
ada kemudian kita buat pelan-pelan batas kayu nya.
Eh lupa nak share cerita pasal pokok
daun pudina dengan daun kesum yang Iza beli di Floria baru-baru ni.
Seronok tengok pokok tu hidup subur dan segar. 
Nanti ada masa nak set up betul-betul KKBR Iza tu.
Ada bajet nak buat ala-ala pangkin jadi tempat melepak nanti.
Sebab belakang tu sejuk udara segar sangat.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Wah dah ada contoh... Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe TQ.
      tapi masih menunggu biji benih bertunas ni..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails