click this to be awesome person

Wednesday, 13 May 2015

Susun Atur & Melabel Barang Keperluan Memasak / Dapur


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hah, wajib jawab salam kalau korang beragama islam :).
Semalam balik balik dari kerja singgah opis my yayang
ambil makanan yang my yayang tolong bungkus kan dari pasar tani
sebab Iza berpuasa ganti semalam. Cadang nak ajak my yayang
temankan berbuka tapi dah ada kerja x boleh la.
Balik je rumah semalam kemas apa yang patut
sementara tunggu masuk waktu berbuka
buat lah sedikit kerja-kerja menyusun atur dan melabel ni.
Kalau yang dah kenal perangai Iza ni mesti dah faham
jenis tak menyabar. Hahahaha. Walau pun puasa ku gagahi jua.



Hasil gunting menggunting masa rehat kat pejabat semalam.
X cukup masa rehat sambung masa nak balik semalam.
Bila dah jadi berterabur macam ni mula la mata pening nak cari
label yang nak ditampal. Cari bawang putih terjumpa garam halus,
cari gula pasir ternampak rempah ratus. Alahai.


Yeayyyyy, terus feeling macam chef bila nak memasak nanti
main capai je pastu campak dalam masakan. Kelas sangat imaginasi 
diri ko ni Iza. Hahaha. Yang penting kekemasan dan keterampilan gitu.



Ada botol kaca yang isi dah tinggal sikit,
ada yang kosong pun Iza tampal jugak.
Nanti nak kena buat reminder beli stok untuk top up dalam botol ni.
Sebab selalu sangat jadi bila tengah masak
ada ramuan yang dah habis. Lemah betul rasa,
dari nak masak daging lada hitam terus jadi daging
masak kicap. Kan dah lari menu tu. Bagus punya alasan.


Mula label yang botol kaca atas tu Iza tampal pada bahagian badan
kaca. Tapi macam x berseri pulak sebab sama je dengan yang bawah.
Buka perlahan-lahan label yang dah tampal tu
lekat pula kat penutup botol kaca ni pastu baringkan sederet.
Ada satu je penutup warna hitam sebab botol kaca kopi.
Yang lain semua dapat dari goodies bag orang kahwin.
Ibarat yang tutup hitam tu ketua keluarga 
dan yang lain tu isteri-isterinya. Hahahaha. Mengarut sudah.


Hajat hati nak terjah Ikea beli balang kaca yang murah-murah untuk letak
segala barang keperluan memasak / dapur ni tetapi untuk elakkan
pembaziran juga menyahut langkah penjimatan di dalam
era GST ni harus tahan nafsu diri. Janji kemas, bersih dan tersusun.
Ayat pujuk hati sendiri.


Bekas cosway, dulu zaman x berapa minat dan berapa
ada $$$ nak kumpul barang tupperware.
Ada rezeki lebih baru beli barang tupperware,
tu pun rasa dah banyak kat dalam kabinet dapur.
Maka dengan rasmi sudah berhenti membeli barang tupperware.
Semalam ada masa setengah jam sebelum berbuka sempat Iza
drill dinding untuk pasang bracket nak letak oven.
Sebelum ni kedudukan oven jauh sangat dari plug.
Cita-cita dan angan-angan raya tahun ni nak buat banyak kuih raya.
Jadi tak jadi tunggu dan lihat aje lah. Hahaha.


Tadaaaaa! Ngam-ngam ukuran tapak untuk letak oven tu.
Mula ingat nak letak oven dekat tempat microwave dan pindahkan
microwave dekat tempat oven tu tapi berat sangat lah 
microwave tu risau bracket tu tak boleh tampung berat microwave tu
kang jatuh Iza juga makan hati. Dah lah microwave tu hadiah kahwin 
dari kawan my yayang, amat menghargai lah pemberian kawan my yayang tu.


Ni gambar sebelum pasang bracket dan letak oven.
Nampak lapang je kan? Sini je yang Iza rasa sesuai nak letak
oven tu sebab dekat dengan plug. Mudah lah nak buat kuih ke
apa ke nanti. Kononnya lah. Silap dulu masa buat table top
tak minta orang tukang tu buat kan ruang khas untuk
oven, microwave dan fridge. Kalau tak nampak lebih tersusun 
dan kemas teratur. Xpelah, belajar dari pengalaman.



Tapi kan, sebenarnya tak sampai jugak wayar oven tu
nak pasang dekat plug. Memang wayar oven dan microwave ni
pendek-pendek kan? Geram pulak rasa. Kenalah guna 
penyambung wayar nanti. Walhal sikit lagi nak sampai.
Geram sungguh lah rasa.




Bekas bawang ni beli dari Avon.
Nak beli yang tupperware rasa membazir pun ada
sebab mahal. Hahahaha. Sebelum ni letak bekas dua beradik ni
kat bawah dapur masak, habis "belemoih" (kotor) sebab
minyak masak asyik tumpah meleleh kena bekas ni.
Terus bersihkan letak kat table top walau pun x berapa suka 
barang banyak atas table top tapi apakan daya dah tak de ruang.


Kan dulu bolt less rack ni Iza letak dalam bilik pelbagai guna,
tapi sekarang dah ada kat dapur dah sebelah sinki.
Nanti ada rezeki nak beli satu lagi untuk ganti balik letak kat
dalam bilik pelbagai guna balik. Tahan dan kukuh juga rak ni.
Dulu cadang nak beli rak kayu kat Ikea tapi bila buat 
perbandingan dekat blog-blog orang tengokl
macam lebih tahan yang ni. Lepas tu kedudukan papan
setiap tingkat boleh adjust ikut kehendak kita.
Sangat praktikal dan menjimatkan ruang.
Nanti ada masa Iza review keseluruhan susun atur storage box
dan macam-macam barang peralatan dapur pada rak ni ye.
Bila dah kemas hati pun rasa puan walau sakit sengal-sengal satu badan.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. > Lea Ismail

    TQ cc. Jom dating jumaat ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Izzah nt tlg emelkn..cantik bangattt label2 tu hihihi tengkuazlin_shah@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  3. > Ummi Aiman

    done emel ye. TQ moga bermanfaat. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails