click this to be awesome person

Monday, 10 August 2015

[SAMBAL HITAM RAUB] "Pedas-Pedas Geram"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pernah dengar sambal hitam?
Kenapa namanya sambal hitam?
Sebab warna hitam ke?
Hah, dulu masa mula-mula dapat tahu pasal sambal ni
Iza tergedik-gedik nak rasa maklumla tak pernah jumpa.
Ya Allah, memang sedap sangat lah!
Kena dengan selera Iza yang suka pedas-pedas ni.
Bukan apa, bila makan tu memang rasa pedas
tapi pedas nak lagi. Macam kemaruk dan ketagih.

Terus bagi slogan 
"PEDAS-PEDAS GERAM"
kat sambal hitam raub ni.

Yang penting sambal hitam yang Iza jual ni
100% resepi asli. Sebab dah banyak yang Iza google
resepi sambal hitam ni kebanyakan mereka letak
kicap dan bawang putih.

Nak masak memang nampak macam senang dan mudah.
Tapi korang mampu tunggu lama kat dapur tu nak jaga
api supaya sambal ni tak hangit?

Itu satu hal, satu hal lagi nak rebus atau masak
buah belimbing buluh tu sampai jadi kecik warna hitam tu
korang mampu? Agak-agak tak mampu beli je dengan Iza.
Kalau bimbang sangat takut rasa tak sedap,
indah khabar dari rupa korang beli je dulu
yang 50 gram ni hah. Tak sampai RM10 pun lah.
RM9 pun bukan, RM8 lagi la bukan, RM7 pun bukan, 
RM6 bukan jugak.... Haishh penat lah nak taip
panjang-panjang. Susah korang whatsapp je Iza.


Ni dah tak lama lagi nak puasa,
selalu kalau nak bangun sahur liat kan?

Lepas tu memang tak de selera langsung nak makan.
Lauk pulak jenis berkuah, bersantan bagai memang tak lah.
Tapi bila makan dengan sambal hitam ni terus terbuka selera.
Mata yang kuyu terus jadi segar sebab apa?
Sebab terangkat lah dah pekena sambal hitam ni.
Cakap banyak tak guna.
Kalau dok promosi lebih-lebih sangat pun
korang tak beli dan rasa tak boleh nak cakap apa lah.
Dah cuba baru boleh komen.
Eh, jangan ada yang terasa pulak dengan kata-kata Iza ni
sebab Iza ni jenis orang yang sangat "straight forward" ya.
Jika terkasar bahasa mohon ampunkan hendaknya.

Whatsapp

#SambalHitamRaub
Nurizzah Majif
+6012 242 6490

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



5 comments:

  1. pergh....pedas-pedas geram tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. tu trademark fendi tu.
      pedas-pedas geram je makan sambal ni. hahahaha

      Delete
  2. Sedapnya sambal hitam...suka pedas²

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah sis. sedap. hehe. iza pun suka pedas-pedas. walau pedas tetap nak makan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails