click this to be awesome person

Monday, 18 May 2015

Play Time Muhammad Darwisy With Twin Sister

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ni cerita dua minggu lepas tak silap, baru ada masa dan kelapangan nak update.
Since Muhammad Darwisy stay dengan nenek beberapa minggu yang lalu
ibu pun on weekend terus bergegas ke umah nenek 
lepas habis kerja hari Jumaat. Tak tahan rindu dekat anak.
Then bawa dak kenit ni pergi jalan-jalan, ajak sekali
kakak kembar lagi seronok lah dak kenit tu ada
kakak kembar ikut main sekali.
Kakak kembar tanya nak ke mana,
Iza jawab pergi main kat Jusco Wangsa Maju. Hehehehe.



Memang kegemaran main dalam timbunan bola ni.
Makin lasak dak kenit ni. Ada tukang ajar lagi bertambah melasak lah.


Dah puas main bola tu merangkak ke sini pulak,
Iza dah lama nak beli menda alah ni tapi tak terbeli.
Baru-baru ni order online wooden toy / block tapi belum 
dapat lagi. Insya'Allah dalam minggu ni kot dapat.


Eh. Eh. Eh tengok tu x padan dengan kecik cinonet ada hati
nak naik kereta yang lebih besar.


Cubaan memujuk kakak Ecah supaya turun dari kereta,
dak kenit nak naik tengok kaki tu macam besar sgt je nak melangkah.


Akhirnya bejaya merampas kereta ini dari 
kakak Ecah. Tapi tak best rupanya sebab kereta ni takde stereng.
Hahaha. 


Nampak tu menggodek lubang stereng,
mesti dalam kepala tengah fikir kenapalah dapat kereta yang tak best ni.
Uhuk. Uhuk. Uhuk. Nasib lah wahai anak.



Ehhhh. Dah takde stereng duduk saja lah posing dalam kereta ye.
Kereta ni macam kereta kartun flinstone, nak jalan kena tolak dengan kaki
kat bawah tu. Tapi sebab takde stereng terus jadi x semangat dak kenit ni.


video

Tapi yang ni semangat. Macam pro sangat je bawak kereta ye.
Siap tak nak balik walhal masa dah tamat.
Iza ambil yang untuk setengah jam seorang je RM6 seorang.


video

Si kakak kembar tengah seronok bermain.
Kang ada yang tak kena sikit bergaduh lah berdua kat situ.
Mak Lang perhatikan je perangai masing-masing.


Sesi menghabiskan kredit dalam kad yang sudah ditambah nilai.
Zaman skrg kalau main mainan macam ni jarang guna coin dah.
Semua dah up-to-date ke sistem kad touch ke skrin mesin 
permainan yang boleh ditambah nilai di kaunter sebelum main.
Selalunya pembayaran deposit bagi kad adalah RM2.
Lepas kad dah habis kredit pulang kan kad dapat balik RM2 tu.
Nak simpan pun boleh next time datang tak perlu dah beli kad tu
boleh terus top up tapi sebab boleh guna dekat limited branch Molly Fantasy je
Iza pulangkan aje. Sebab yang kad Molly Fantasy Dpulze Cyberjaya 
Iza masih simpan, ingat boleh guna kat branch Jusco Wangsa Maju
tapi rupanya tak boleh. Tak faham betul. Huhu.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails