click this to be awesome person

Thursday, 28 May 2015

Mengemas / Menyusun Baju Muhammad Darwisy & Rak Mulig Ikea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Iza ni kalau dah bosan x tahu nak buat apa memang akan
mencari kerja untuk dibuat bergantung pada tahap kerajinan ketika itu.
Maklum saja lah PJJ ngan anak kan buat sementara waktu.
Tak sabar sangat nak kembali ke rutin asal macam dulu,
hantar dak kenit ke taska dan ambil dari taska.
Rindu sangat suasana dan rutin itu.
Buat masa sekarang perlu korbankan perasaan itu.
Insya'Allah, cuba ikhlas dan redha kan hati dengan
izin / bantuan Allah.


Cadang tak nak pun kemas sudut dak kenit ni nak je biar sepah
tapi mata tak tahan rasa semak. Mesti punggah balik,
susun atur balik, lipat balik semua elok-elok dan letak dalam 
rak ni elok-elok. Tak banyak pun berubah kedudukan.
Masuk kali ni dah kali ketiga perubahan di sudut ini dilakukan.
Yang akan datang nak terus pindahkan baju dan barang-barang 
Muhammad Darwisy ke bilik belakang khas untuk dia sahaja.



Label yang Iza DIY hari tu dah siap lekat dah.
Mujur bila nak buka balik sticker ni tak melekat pada permukaan rak tu.
Kena buat lagi sebab ada yang tak cukup.


Transparent box ni beli di Daiso je.
Dulu masa beli RM5.00 sahaja, skrg dah ada tambahan GST jadi RM5.30.


Pandangan sudut dari ruang Iza selalu solat.
My yayang jarang solat di bilik ni.
Selalu solat bilik belakang.
Kadang kami solat berjemaah di TV hall.
Biar pun nampak agak semak susunan macam ni tapi masih
ada ruang untuk solat Iza okey aje.
Dah kata sekali bilik anak kan, x adil lah kalau
barang anak x ada dalam bilik ni.



Ni tambahan rak mulig dari Ikea.
RM24.90. Dah lama mengidam nak beli akhirnya
dapat juga. Nak yang warna putih dah habis stok jadi lah ambil
yang warna hitam. Sbnrnya untuk gantung baju kalau
join Car Boot Sales nanti tapi dah pasang tu
terus letak belakang pintu bilik.
Senang nak ampai baju sementara nak masuk kan dalam almari.
Gatal pulak letak bakul baju kotor kat atas tu elok 
pulak duduknya tak jatuh. Hahaha.



Ini lah dia gambar dari Ikea sendiri.
Ingat nak buat bilik dak kenit nanti macam ni.
Tengah mencari dan menyesuaikan idea yang ada.


Lagi contoh gambar rak mulig dari Ikea.
Dimaklumkan rak ni sangat cepat habis ye.
Tiap kali Iza pergi Ikea mesti tak de stok,
mujur masa pergi minggu lepas ada stok terus beli.
Iza cadangkan kalau korang nak buat konsep almari terbuka 
sangat sesuai rak ni sebab mudah dipasang, dicabut semula
dan yang penting kukuh. Tak macam rak yang kita beli di mall lain tu.
Butik pun banyak ambil rak ni untuk display baju jualan mereka.
Sebab tu asyik pergi habis memanjang.
Dah dapat beli satu syukur seribu rahmat.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails