click this to be awesome person

Friday, 15 May 2015

[KERETA] Dugaan Membaiki Kerosakan Kereta

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama nak cerita pasal hal kereta yang banyak masalah sejak
akhir-akhir ni. Ikut hati malas nak update tapi untuk
rujukan masa hadapan dan mana tahu boleh bagi maklumat pada
orang lain Iza buat juga entry ini.
Kereta ni masuk tahun ni dah 5 tahun kami guna.
Syukur alhamdulillah memang banyak berjasa kepada
kami sekelurga ke sana ke mari tak kira urusan peribadi 
mahu pun urusan bisnes.
Ulang-alik pergi belajar 4 tahun di UiTM Shah Alam pun
guna kereta ni macam-macam dugaan lah yang dihadapi.

Nak dijadikan cerita hampir 3 - 4 minggu kereta tersadai kerana
kerosakan yang kami sendiri pun malas nak ambil tahu. 
Hahahahaha. Yang dapat tahu nya selepas my yayang
pergi hantar servis bulan lepas dekat bengkel
yang memang selalu kami buat kerja-kerja penyelenggaraan kereta ni.
Then balik dari servis tu my yayang nak tukar tayar,
tapi bila nak tukar tu tauke cina tu kata 
"top mounting" rosak sebab bearing pecah.
Pastu absorber lah apa lah, melarat-larat.
Biasa lah hal kereta ni kalau dah mula rosak sikit
tak baiki cepat dan main redah je bawak jalan
memang akan jangkit rosak tempat lain.
Yang x bestnya bila tanya-tanya kat kenalan dan
bengkel-bengkel yang dah biasa buat semua kata seeloknya
kalau top mounting tak tukar jangan bawak dulu nanti 
takut rosak tengah jalan kena towing. Huahuahua. Memang
tersadai terperap lah kereta tu kat rumah.

Bajet ketika itu pun x berapa nak ada maka diamkan dulu lah.
Minggu lepas pergi bengkel selesaikan hal kereta dari
top mounting, absorber, gasket, oil seal, alignment, balancing
tukar tayar. Nangis duit keluar macam air je laju mengalir.


Ni masa nak tukar tayar,
puas bodek kat tauke kedai tu minta diskaun.
Sudahnya dia bagi jugak.
Sini kalau nak tukar hal berkaitan tayar ke memang Iza cadangkan sangat.
Sebab Iza pun dicadangkan oleh member yang
selalu buat di kedai ni.
Tak silap owner kedai ni orang Bangladesh
yang dah lama menetap di Malaysia dan berkahwin dengan 
orang Malaysia. Yang penting Islam.



Tengah sibuk-sibuk tengok budak-budak bengkel buat kerja,
tiba-tiba salah sorang budak tu kata tayar belah driver
alignment lari maknanya makan dalam. Dia cadangkan
tambah chamber supaya tayar jadi lurus.
Kalau tengok dalam gambar tu yang tayar warna merah
tu lah kena guna chamber supaya tayar tu tak senget macam tu.
Hahahahaha. Duit lagi. Satu perangai Iza kalau pergi bengkel
Iza memang tak reti duduk diam ye. Iza akan tengok dari A-Z
kerja-kerja yang budak-budak bengkel tu buat.
Kalau bengkel biasa Iza pergi budak-budak tu memang dah faham la.
Sebab Iza suka bertanya kenapa, bagaimana, mengapa. Hahaha.
Sebab yang nak keluar duit diri kita jadi tak 
salah tanya, sebelum diorang main tukar Iza rujuk
kawan yang lebih tahu hal kereta text dia dulu
tanya harga semua jika okey baru Iza benarkan diorang tukar.
Mujur ada jugak kawan-kawan yang membantu. 
Bukan skandal okey, tapi kawan.


Ni lah bengkelnya, kalau korang tinggal di kawasan
Langat Murni ke, atau nak ke Banting ikut jalan KLIA mesti akan
lalu Bandar Seri Ehsan ni.
Masuk ni dah dua kali Iza pergi kedai ni kalau
berkaitan hal tayar.
Kedai servis lain pulak di Putrajaya.
Yang tu kedai melayu, memang dari mula-mula buka
sampai sekarang servis situ.
Dah kenal budak-budak bengkel tu senang kalau
ada masalak kereta text je diorang, 
insya'Allah diorang respon.



Masalah terbaru minyak hitam pulak bocor.
Adoila, lepas satu-satu lah kan? Nak tak nak kena jugak tukar
sebab bahaya nanti kalau biar lama-lama lain pulak 
jadinya. Nasib baik bocor belah atas bukan belah bawah.
Kalau tak lagi panjang cerita.


Baru ku tahu rupa enjin.
Hehehe. Datang budak bujang dua orang tanya nape
kereta ni sampai bukak cover enjin semua ni, 
nak tukar enjin turbo ke?
Hahahahhaa. Buat lawak lah diorang tu.
Ni nak tukar cover gasket je sebab minyak hitam bocor.
Lama jugak lah nak siap sebab diorang nak bersihkan
lah, tunggu barang sampai lah.
Berborak lama lah dengan bro Izi dan Syuk tu
pasal hal kereta. Bagus jugak banyak info dapat.
Kereta ni kalau mileage dah 160,000 km kena 
tukar timing belt, water pump, tensioner bearing
dan aircond belt. Sekarang mileage 136,000 km.



Tengok, sampai ke malam tak siap lagi.
Kereta bro dua orang tadi tu lagi lah major damage.
Macam-macam kena tukar, tapi mujur die jenis
pandai cari kedai alat ganti so murah sket.
Just bawak barang mintak bengkel ni upah pasang je.
Die pun cadangkan Iza buat benda yang sama akan datang,
pergi kedai kat kawasan Nilai lama area Semarak ke Cempaka ada
kedai alat ganti murah boleh tawar.
Nanti nak ajak my yayang pergi survey lah.
Harap-harap jangan dah la rosak yang teruk-teruk pada
kereta ni, banyak dah berhais duit ni.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


2 comments:

  1. kbiasaannya mcm tu lah.bila dah kesan satu mslah, confirm akan timbul msalah lain. nak check selalu kete bukan sempat sangat kan..tp mcam tu lah situasi org pkai kereta ni..duit banyak habis kat maintenance kereta je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tang tu yang x berapa nak bestnya. kite ni menang memakai je lah kereta. sebab tu lah x digalakkan selalu tukar2 kereta sebab sama je. kalau org tu kaya melampau memang x leh kata apa nak tukar kereta ke jet ke. hahaha..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails