click this to be awesome person

Wednesday, 27 May 2015

[Kebun Kecil Belakang Rumah] Pokok Mangga Chokanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Balik dari kerja semalam Iza minta my yayang singgah kedai 
untuk beli air coca cola sebotol. Bukan untuk minum tapi
untuk buat racun rumput sendiri.
Hah, baru dapat inspirasi dari google ada yang share
cara buat racun rumput menggunakan campuran
air coca cola, air paip dan serbuk ajinamoto.

Jadi tak jadi belum tahu lagi sebab kena tunggu dalam seminggu ni.
Semak sangat belakang rumah tengok rumput dan lalang naik 
meninggi. Nak beli racun rumput di kedai hardware memang
mahal satu hal lepas tu cepat habis.
So kita DIY dulu kalau menjadi boleh amalkan.
Sejak dua menjak ni my yayang rajin berkebun belakang rumah,
bersih-bersihkan rumput dan tanaman yang naik meliar sekitar
kebun kecil belakang rumah (KKBR).

Seronok bila tengok pokok yang kita sendiri tanam dari anak benih /
anak pokok naik meninggi dengan segarnya menghijau.
Rasa puas, haha. Dah macam makcik-makcik sangat rasanya kan?
Tapi x dinafikan bila bersahabat dengan alam dan tumbuhan ni
betul-betul rasa makin dekat denganNya.
Semalam dok menguis tanah tengok anak pokok pisang yang
baru keluar dari tanah rasa besar sungguh
kuasa Allah. Hebatnya Allah dari tanah macam-macam boleh 
Dia ciptakan. Dan terus rasa esok dalam tanah ni lah akan
diri ini dikebumikan. T_T Insaf betul rasa.


Hah, ni kisah pokok mangga chokanan yang mula-mula ingat
pokok ni dah x akan hidup dengan sempurna sebab
dah setahun lebih taman x tinggi-tinggi.
Sekali tu semalam my yayang tunjuk pokok ni dah berbunga.
Wah, tahu x perasaan macam mana bila tengok ada bunga kat
pokok yang kita tanam? Hati terus berbunga sama.
Ni kalau orang nak kata poyo ke apa lantaklah,
rasa macam pokok tu hidup bersama-sama kami.
Lepas ni kena banyak siram air, baja dan kasih sayang.
Hehehe. Selalu yang rajin siram pun my yayang.
Sebab Iza malas nak capai tudung keluar siram air,
nak buka kunci pagar lagi hehehe. 
Tengok dari pintu dapur je la. 
Tapi semalam rasa rajin pulak nak membelai pokok-pokok
yang ada. Minta my yayang bakar timbunan rumput-rumput
dan lalang kering semalam lagi la rasa macam suasana kampung betul.

Nanti kalau KKBR kami dah cantik elok Iza ambil gambar 
letak dalam blog ni ye.
Setakat ni pokok yang dah tanam kat KKBR adalah
pokok ubi kayu, pokok mangga chokanan, pokok bunga kantan,
pokok lengkuas, pokok serai, pokok pisang batu, pokok pandan.
Ni semua tanam luar pagar. 

Yang tanam dalam pagar dan dalam pasu
pokok kunyit, pokok kari, pokok halia, pokok limau purut, pokok limau kasturi,
pokok bunga ros, pokok lidah buaya, pokok bunga melur dan pokok cili padi.
Semuanya baru nak membesar, ada yang dah cantik tumbuh daun
kena makan ngan ulat bulu pulak dah togel tinggal 
buah dan batang pokok je.

Ada yang baru jadi anak pokok je.
Iza perasan tangan Iza ni ada sesetengah pokok
je tanam menjadi, yang lain x jadi mungkin tangan "panas".
Tapi kalau my yayang tanam naik elok je.
Lepas ni boleh minta tlg my yayang tanamkan lah.


Ni sumber google contoh buah mangga chokanan 
kalau kot esok-esok ada izin Allah pokok yang my yayang
tanam tu mengeluarkan buah. So tahu lah rupa bentuk buah macam mana.


Sumber google lagi, tapi tengok buah ni besar-besar.
Kalau nak ikutkan pokok mangga belakang rumah tu kenit lagi
dah berbunga boleh ke berbuah macam ni nanti?
Wallahualam, jika Allah izinkan semua boleh jadi kan?
Berbakti pada tanah pasti kan membuahkan hasil,
mudah-mudahan hendaknya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. dah ada buah nanti nak sebiji ye.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bereh cc. kena dtg umah la, selalu lalu je kan kat jalan depan umah tu. doakan lah moga pokok tu berbuah lebat noleh kongsi rasa sama2.

      Delete
  2. syoknya..
    saya pun dah start menanam.
    tapi dalam pasu je la depan rumah.
    belakang rumah takde Tanah dan takde ruang.
    kalau tak, memang menanam je la..

    pokok cili, pokok bunga kantam, pokok limau kasturi limau purut tu tanam sendiri dari benih ke?
    ke beli baru tanam balik kat rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.
      rumah iza blkg rumah ada lagi 10 kaki tanah belum ada bajet nak tmbh rumah.
      yang tanam byk2 ni luar pagar, tanah kosong terbiar. pokok cili tanam dari benih, pokok kantan, limau kasturi n limau purut tu dari anak pokok.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails